Dua pelajar sekolah maut kemalangan di Nanding Hulu Langat. |
Hulu Langat - 2 pelajar sekolah maut selepas
motosikal yang dinaiki dilanggar lori yang mengakibatkan kepala salah seorang
mangsa hancur berkecai.
"Mereka (yang menunggang motosikal) memotong lori tersebut di simpang tapi tergesel lalu
jatuh dan terus digilis lori terbabit sampai pecah kepala,".
Itu kata saksi kemalangan maut melibatkan dua orang
pelajar sekolah menengah di Hulu Langat pagi tadi.
Dia yang mahu dikenali sebagai Tok Yan berkata,
kejadian berlaku di hadapan matanya ketika sedang bersarapan pagi di warung
berhampiran tempat kemalangan di simpang perumahan kos rendah, Taman Sri
Nanding.
"Kedua-dua
mangsa maut di tempat kejadian dalam keadaan yang amat mengerikan. Saya berhenti
sarapan sebab nak bantu tetapi dah tak boleh buat apa-apa sebab keadaan mangsa
memang terlalu parah.
"Mangsa,
Asraf Kamaruzaman dan Mohd Faiz Mohd Daud, kedua-dua berusia 15 tahun berasal
dari Sungai Lui, Hulu Langat dikatakan sedang dalam perjalanan ke pekan
berhampiran untuk membeli peralatan persekolahan," katanya ketika ditemui di
tempat kejadian.
Tambahnya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke
Hospital Kajang untuk bedah siasat.
"Kedua-dua
mangsa adalah anak kepada saudara mara saya," katanya.
Jurucakap polis Batu 14 Hulu Langat ketika dhubungi
mengesahkan kejadian tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.
via - MalaysiaGazette
0 Response to "(5 Gambar) Dua Pelajar Maut Kemalangan Ngeri Di Hulu Langat"
Catat Ulasan