Dah tak perlu lagi duduk meratapkan si dia sambil menyuap sebekas aiskrim coklat di atas katil. Anggap saja patah hati ini sebagai permulaan untuk ubah semula hidup kamu !!!
1 : Tak perlu cadangkan yang kamu dan si dia akan kekal berkawan. Jika dia yang cadangkan, katakan saja, “Nanti I fikirkan ya.” Ini kerana, kamu taknak kelihatan seperti terlalu ambil berat tentang perpisahan itu. Kamu kan wanita yang chill. Dan hakikatnya, kamu pun tak lalu pun nak berkawan dengannya selepas dah putus hubungan. Bila kamu nak berkawan dengannya, separuh daripada hatimu pula akan cakap, kamu sebenarnya mahu lebih daripada itu. Bahaya !!!
2 : Masa untuk mantapkan tubuh. Mungkin bukan yoga yang akan buat fikiran kamu melayang kepada si dia dan tak pasal-pasal air mata mula bercucuran. Cuba sesuatu yang baru seperti kick-boxing yang mampu menyingkir semua perasaan negatif dalam hati...
3 : Habiskan masa di luar rumah. Memanglah cliché tetapi udara segar boleh jernihkan fikiranmu. Luangkan sekurang-kurangnya dua jam setiap hari untuk lupakan detik sedih itu...
4 : Jika kamu dah berkenalan dengan jejaka baru, take it slow. Ehem, kamu baru saja putus cinta dan hati kamu dah robek dan meletup seperti kereta kebal dalam filem Jean-Claude Van Damme. Take it slow and keep it casual for awhile, ia akan beri kamu masa untuk nilai semula keadaan dan sama ada kamu sudah bersedia untuk bersama dengan orang lain....
5 : Tak perlu berdendam dan bertindak membalas dendam. Sepatutnya kamu tukar rasa dendam itu kepada usaha untuk mengubah dirimu. Beli novel baru, sertai marathon, ajak kawan-kawan baik ke percutian singkat, cat bilik tidur… Apa saja! Lakukan sesuatu untuk DIRIMU....
0 Response to "5 TIPS Mudah Bagaimana Cara Untuk Kendalikan Kes Putus Cinta !!!"
Catat Ulasan