Artis Belaian VVIP: Apa Cerita & Pendapat Mereka ?


Fenomena artis wanita popular ditawarkan menjadi gadis peneman untuk golongan kenamaan (VVIP) dan lelaki berpoket tebal diakui memang wujud, lapor Harian Metro.
Pelakon jelita, Anzalna Nasir, 27, mendedahkan pernah ditawarkan menjadi peneman di tempat tidur untuk golongan VVIP namun dia menolak sekeras-kerasnya.
Menurutnya, sejak daripada awal pembabitannya dalam industri seni, dia telah didatangi orang tengah yang menyampaikan pesanan dan pelawaan untuk ditaja tetapi dia menolak.
“Saya akui tawaran begitu masih datang pada saya dan pihak ini masih tak berputus asa mencuba untuk memancing saya,” katanya.
Sementara itu, pelakon Farah Nadia Zainal Abidin atau Nad Zainal, 25, memberitahu dia enggan ambil peduli dengan spekulasi kononnya dia juga ‘dibela’ golongan VVIP bagi menjalani kehidupan mewah.
Katanya, tuduhan mengarut itu adalah persepsi liar masyarakat yang gemar melabelkan golongan artis wanita memiliki kemewahan kerana ‘ditaja’ individu tertentu.
“Orang mudah terima dan percaya apa yang dilihat dan didengar. Memang menyedihkan tuduhan begitu sebab saya jenis yang berdikari dan bekerja keras dengan usaha sendiri.
“Keluarga saya sendiri hendak bantu pun saya tidak mahu sebab nak berusaha sendiri. Apa lagi kalai orang luar tolong. Benda itu takkan berlaku sebab saya memang hidup sendiri dan tidak ada siapapun tolong (kewangan),” katanya.
Bagi pelakon seksi, Miera Liyana Kasmi, 22, berkata walaupun segelintir pihak berpandangan serong terhadapnya, dia bersyukur kerana tidak pernah didekati mana-mana pihak untuk aktiviti tidak bermoral itu.
“Alhamdulillah, selama ini saya tak pernah sedikit pun terfikir atau terbabit untuk buat hal-hal macam itu. Saya bahagia dengan cara saya menjalani kehidupan seharian. Semua gerak-geri saya atas perhatian keluarga.
“Setakat ini memang tiada pihak cuba ajak atau dekati saya untuk hal macam tu sebab mungkin mereka menghormati saya,” katanya.
Akhbar Harian Metro hari ini melaporkan polis Bukit Aman sedang memantau sekurang-kurangnya sepuluh artis wanita tempatan termasuk beberapa nama popular selepas risikan mendapati mereka terjebak dalam kegiatan tidak bermoral sebagai peneman golongan VVIP dengan menerima bayaran lumayan.
Berdasarkan siasatan mendapati beberapa artis popular serta pendatang baru meningkat naik mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 sehingga RM10,000 untuk satu malam termasuk aksi di ranjang.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Bukit Aman, Datuk Roslee Chik berkata, golongan artis berkenaan berada dalam radar pemantau pihaknya dan mendapati terdapat antara artis itu sudah mendirikan rumah tangga.
“Berdasarkan maklumat risikan, kami mendapati mereka mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 sehingga RM10,000 untuk satu malam. Bayaran bergantung kepada tahap popular mereka, semakin popular, semakin mahal.
“Kebanyakan artis berkenaan mengenakan khidmat orang tengah yang bertindak sebagai pengatur pertemuan dengan VVIP,” ujarnya.
Terdapat sumber mengatakan kebanyakan artis wanita berkenaan menggunakan orang tengah untuk menyasarkan  golongan kenamaan bagi mengaturkan pertemuan penuh maksiat itu.

Credit Therakyatpost & c2sini.blogspot.com

0 Response to "Artis Belaian VVIP: Apa Cerita & Pendapat Mereka ?"

Catat Ulasan