Badan Utama Pesawat AirAsia Masih Belum Ditemui – BASARNAS





Laporan terkini daripada Ketua Badan Mencari Dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Bambang Soelistyo menyebutkan bangkai utama pesawat AirAsia QZ8501 masih belum lagi ditemui berbeza seperti dilaporkan awal tadi.

Beliau mengesahkan hanya enjin pesawat, bahagian sayap dan sebahagian ekornya sahaja sudah ditemui.

Pada awalnya tadi, BASARNAS mendakwa sudah menemui lokasi bangkai utama pesawat AirAsia yang terhempas bulan lepas di Laut Jawa dan mengatakan proses mengapungkan badan pesawat akan dijalankan tidak lama lagi.

Lapor Bambang juga, ramai mayat yang terperangkap juga sudah dikesan, memetik laporan Detik.com.

Kenyataan berkaitan laporan badan utama pesawat masih belum ditemui itu dibuat BASARNAS pada kira-kira pukul 5.10 petang waktu Indonesia.

Petikan laporan langsung laman web Channel News Asia yang memaparkan laporan berkaitan bangkai utama pesawat AirAsia sebenarnya masih belum ditemui.

Petikan laporan langsung laman web Channel News Asia yang memaparkan laporan berkaitan bangkai utama pesawat AirAsia sebenarnya masih belum ditemui.

Beliau berkata, BASARNAS akan terus menyambung operasi mencari dan mengeluarkan mayat serta bangkai pesawat AirAsia itu seperti yang dijanjikan.

Pesawat QZ8501 jenis Airbus 320-200 terhempas ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura membawa bersama 162 orang penumpang dan anak kapal.

Kesemua yang berada di dalam pesawat itu terkorban dalam nahas berkenaan yang didakwa berlaku akibat kegagalan juruterbang pesawat mengelak cuaca buruk.



0 Response to "Badan Utama Pesawat AirAsia Masih Belum Ditemui – BASARNAS"

Catat Ulasan