Sebuah syarikat pembinaan bumiputera, Gerbaru Jaya Sdn Bhd (GJSB) telah tampil dengan idea bagi membina rumah baru atau sementara buat mangsa banjir yang kehilangan tempat berteduh.
Pemiliknya, Zaikhan Abdul Rahim menyatakan pihaknya sedia bekerjasama dengan kerajaan bagi membantu mangsa yang kehilangan rumah dalam tempoh yang singkat dengan binaan teknologi kabin terkini, flat pack.
Pihaknya sedia menawarkan diskaun pemasangan sekiranya ada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan tenaga untuk pemasangan dan logistik.
“Mangsa-mangsa banjir boleh bantu sama-sama pasang. Saya akan latih sukarelawan yang mahir untuk pasangkan.
“Kita bentuk kumpulan sukarelawan yang ada kemahiran untuk membantu cepatkan pemasangan flat pack ini. Jika bergantung pada pekerja saya semata-mata memang lambat dan ini sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami juga.
“Malah lebih baik jika ada yang mahu menaja lori dan kren untuk mengangkut. Semua berganding bahu menjayakan ini, kalau mahu pasti boleh,” katanya.
sumber
0 Response to "Banjir : Hanya Enam Jam Bina Rumah Baru"
Catat Ulasan