![]() |
Penemuan senjata Perang Dunia Kedua selepas banjir surut di Kelantan. |
TUMPAT - Penemuan ratusan peluru dan senjata api
dipercayai tinggalan zaman perang dunia kedua di halaman rumah mekanik lori,
menggemparkan penduduk Kampung Tanjung Kuala di sini,
semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, Che Mud
Ismail, 51, memberitahu, peluru dan senjata api ditemui ketika dia bersama
anaknya, Zuhairi, 19, membersihkan halaman rumahnya yang runtuh akibat
banjir.
Katanya, ketika mencangkul dan menyapu kawasan itu,
dia ternampak enam peluru lama di atas besi berkarat berhampiran pokok
mangga.
“Saya menghampirinya dan tidak menyangka besi itu
adalah topi askar. Saya angkat topi yang terbenam dalam pasir, keluar pula
serpihan tulang di dalamnya, saya syak ia tengkorak manusia,”
katanya.
Menurutnya, berdekatan itu juga, dia ternampak
sebatang besi berkarat lalu dan amat mengejutkannya kerana ia adalah senjata
api.
Sementara itu Zuhairi berkata, ketika tangannya
meraba-raba di kawasan akar pokok mangga yang terbongkah keluar, ada ratusan
peluru di bawah tanah itu.
“Ketika jam 12 tengah hari, kira-kira 50 peluru
berjaya dikeluarkan dalam tanah di hadapan rumah kami yang runtuh akibat dibawa
arus ketika banjir Jumaat lalu,” katanya.
Menurutnya, kawasan halaman rumahnya terhakis dan
menjadi rendah daripada jalan utama walau pun sebelum banjir, tapak rumahnya
sama tinggi dengan jalan Kampung Tanjung Kuala.
“Mungkin apa yang ada di bawah tanah ini seperti
peluru dan senjata api peninggalan Jepun timbul akibat hakisan tersebut,”
katanya.
Difahamkan, sekitar tapak rumah sewa Che Mud
merupakan kubu Jepun pada zaman perang dunia kedua.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat,
Superintendan Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan kejadian
itu.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan berkaitan
penemuan peluru dan senjata api lama tersebut,” katanya.
via-Sinar Harian
0 Response to "Gempar! Senjata Perang Dunia Kedua ditemui selepas banjir (5 Gambar)"
Catat Ulasan