ISU KOS PEMBAYARAN PENGURUSAN JENAZAH YANG TERSEBAR HANYALAH SALAH FAHAM
Nibong Tebal: Isu kos pengebumian jenazah seorang lelaki meninggal dunia di Sungai Bakap, petang semalam yang mencecah RM4,735 dan menarik perhatian masyarakat seluruh negara selepas res#it pembayaran dikeluarkan masjid jadi viral di media sosial dianggap sebagai salah faham.
Setiausaha masjid berkenaan, Ishak Abu Hassan berkata, ia sebenarnya bayaran untuk dua perkara iaitu menguruskan penge#bumian jenazah dan upah bagi pelajar pondok berhampiran untuk membaca al-Quran.
"Sebenarnya kos menguruskan jenzah hanya seki#tar RM1,200 namun atas permintaan keluarga, kos itu meningkat.
"Selepas berbincang dengan semua pihak termasuk kelua#rga arwah isu ini dianggap selesai," katanya.
Ishak berkata, dia dimaklumkan mengenai resit berkena#an yang viral di media sosial sejak semalam namun tidak mengendahkannya kerana sudah dibawa ke pengetahuan keluarga arwah.
"Selepas solat Isyak semalam saya sudah maklum menge#nai perkara ini," katanya.
Sumber
0 Response to "ISU KOS PEMBAYARAN PENGURUSAN JENAZAH YANG TERSEBAR HANYALAH SALAH FAHAM"
Catat Ulasan