Kecoh di laman sosial yang bercerita mengenai keretakan rumah tangga Alyah bersama Datuk Ramli MS sejak semalam apabila komposer terkenal itu dikatakan telah berkahwin dengan seorang wanita iaitu Siti Hafilah Che Kar.
Bagaimanapun, kenyataan terbaru dari Alyah sebentar tadi menyatakan sebaliknya dan menafikan Ramli MS kahwin dengan Siti Hafilah. Aktres jelita itu turut memohon kemaafan kerana menimbulkan pelbagai spekulasi.
Baca kenyataan terbaru dari Alyah tentang gambar tersebut dan siapakah Siti Hafilah sebenarnya:
“Saya post pic tadi kerana saya sudah tak mampu mengawal emosi.perempuan dlm pic Tu dari saya berkawan sampai saya dah berkahwin sering menganggu hubungan saya.
Yg saya ucapkan pada sesiapa yg menghubungi saya utk di temu bual adalah Tahniah kepada perempuan tersebut kerana berjaya menghancurkan rumahtangga saya.
“Saya tak pernah kluarkan kenyataan suami saya kawin dgn perempuan tu. Maafkan saya kerana hari ini.saya tidak dapat menahan emosi Dan saya telah melakukan kesilapan yg besar. Tapi jgn la memanipulasi kan cerita saya sampai semuanya jadi tidak benar.
Sumber
0 Response to "Kenyataan Terbaru Alyah, Nafi Ramli MS Dah Kahwin Lain"
Catat Ulasan