Kerajaan Tidak Akan Potong Gaji Penjawat Awam
SHAH ALAM: Pihak kerajaan hari ini menyuarakan rasa tidak setuju dengan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda, yang mencadangakan agar gaji bulanan penjawat awam dipotong untuk membantu mangsa di negeri yang dilanda banjir.
Mengulas perkara ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk mencari dana membantu mangsa banjir tetapi bukan melalui pemotongan gaji kakitangan kerajaan.
"Saya tidak setuju. Mereka boleh kutip derma bukan paksa. Kerajaan tak akan potong," katanya hari ini.
Sebelum ini, Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda teah mengutarakan cadangan supaya gaji kakitangan kerajaan dipotong untuk membantu mangsa banjir dan akan membawa perkara ini kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa secepat mungkin untuk tindakan selanjutnya.
sumber:
0 Response to "Kerajaan Tidak Akan Potong Gaji Penjawat Awam"
Catat Ulasan