Luahan Sayu Mak Long Piah, ibu Sirul Azhar Umar




Sirul Azhar (gambar) merupakan tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, tidak hadir ke mahkamah pada hari Selasa lalu dan kini dikatakan berada di Australia.

Mahkamah Persekutuan telah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Ditanya kepada Piah Ahmad atau lebih mesra dipanggil Mak Long Piah berdoa supaya anaknya itu kembali semula ke tanah air.

“Apa yang boleh Mak Long cakap? Hukuman sudah diputuskan hakim, sudah dijatuhkan mahkamah.

“Dah lama kami terputus hubungan. Kali terakhir kami berjumpa tahun lalu semasa dia datang jemput anaknya.


“Sebagai ibu, siapa yang tidak sedih mengenangkan nasib anak, tambahan pula ketika ini Mak Long tidak tahu di mana dia berada.

“Mak Long reda dengan keputusan yang sudah ditetapkan mahkamah. Itu ketentuan Tuhan. Sudah bahagian dia begitu, tapi kalau boleh Mak Long nak dia pulang,” kata Mak Long Piah dipetik Sinar Harian.

Sinar Harian itu juga memetik Mak Long Piah sebagai berkata anaknya memberitahu tindakan yang dilakukan atas arahan pihak lain.

“Sirul pernah cakap pada Mak Long, tindakannya itu dilakukan atas arahan seseorang dan dia terpaksa mengikutnya.

“Tidak kira apa pun yang berlaku, sebagai seorang ibu, Mak Long harap dia dapat pulang semula ke pangkuan keluarga. Saat ini itu saja yang Mak Long mahu,” katanya.


Sumber

Related Posts :

0 Response to "Luahan Sayu Mak Long Piah, ibu Sirul Azhar Umar"

Catat Ulasan