Penduduk Malaysia Disaran Sediakan Baju Tebal Ekoran Musim Sejuk Bakal Melanda





Rakyat Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi fenomena cuaca sejuk luar biasa dalam tempoh terdekat seperti yang berlaku di negara ini pada Januari tahun lalu.

Fenomena tersebut akan dialami oleh penduduk di negeri-negeri Pantai Timur yang baru sahaja menghadapi bencana banjir terburuk dalam sejarah negara pada penghujung tahun lepas.

Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad menyatakan fenomena itu bakal melanda negara ini gara-gara dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh.


“Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan udara tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.

“Tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun itu berakhir pada Mac nanti,” katanya.



Sumber


Related Posts :

0 Response to "Penduduk Malaysia Disaran Sediakan Baju Tebal Ekoran Musim Sejuk Bakal Melanda"

Catat Ulasan