Kajang: Seorang lelaki maut akibat dilanggar kereta selepas cuba meragut beg tangan seorang wanita di Batu 10 Lebuhraya Cheras-Kajang menghala ke Kuala Lumpur pagi tadi.
Dalam kejadian 8 pagi itu, suami isteri menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja.
Menurut sumber, mangsa kemudiannya dihampiri suspek yang menunggang motosikal Yamaha 125z cuba meragut beg tangannya sebelum berlaku tarik menarik.
"Akibatnya, motosikal yang dinaiki mangsa dan suspek bergesel sebelum mereka terjatuh.
"Suspek yang terjatuh di tengah lebuh raya berkenaan kemudiannya dilanggar kereta yang dipandu seorang wanita dari arah belakang,"katanya.
Sumber itu berkata, suami isteri berkenaan bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan dan lutut sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk menerima rawatan lanjut.
"Manakala suspek yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,"katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Sumber
Related Posts :
INTERFOOL Mahu Tangkap Ulamak Besar Dr Yusuf Al-QaradawiPihak Polis Antarabangsa (INTERPOL) dalam web rasminya telah mengeluarkan waran tangkap untuk menangkap ulamak besar Islam iaitu Dr Yusuf Al… Read More...
VIDEO: Sanggup Langgar Motosikal, Baling Helmet, Kejar Mengejar, Sebab Rebut Pam MinyakSebuah video tersebat di media sosial yang mana menunjukkan sikap seorang pemandu kereta yang sanggup melanggar sebuah motosikal hanya keran… Read More...
Perlaksanaan Hudud Akan Memecah-Belahkan Rakyat Malaysia - MarinaKUALA LUMPUR – Aktivis sosial, Datuk Paduka Marina Mahathir menentang usaha melaksanakan hukum Hudud di Kelantan kerana tidak sesuai dengan … Read More...
Kalau Jumpa Saudara Kita Ni Jual Minyak Wangi, BelilahMalam tadi Jumaat 19 Dis 2014 saya mengisi minyak di Stesen Petronas, Taman Matahari Height, Senawang. Nampak kelibat seorang lelaki, berton… Read More...
Kerana Pampers, Wanita & Anak Diugut Bunuh Oleh Peniaga OnlineSeorang pengguna Facebook, Rayza Mirza, mendedahkan dirinya dan anak-anaknya diancam bunuh oleh seorang peniaga online hanya kerana dituduh … Read More...
0 Response to "Peragut Mati Dilanggar Kereta Ketika Cuba Meragut Mangsa"
Catat Ulasan