Pencarian pesawat AirAsia QZ8501 yang dilaporkan hilang atau terputus hubungan dengan menara kawalan beberapa hari lalu telah membuahkan hasil selepas sejumlah serpihan, jasad dan bayangan pesawat ditemui di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.
Pemerhati penerbangan, Alvin Lie menyatakan maklumat yang diterima membawa kemungkinan pesawat itu terjatuh dan pecah apabila menyentuh air.
Analisis Alvin itu masih bersifat telahan tetapi beliau turut menyatakan bahawa ada kemungkinan kecil pesawat terbabit meletup di udara.
Pasukan gabungan Search And Rescue pesawat QZ8501 mencari serpihan pesawat dan enam jenazah di perairan Pangkalan Bun.
Tiga dari enam jenazah dipindahkan menggunakan KRI Bung Tomo. Selain penemuan itu, pesawat Hercules Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) mencari objek yang menggambarkan bayangan pesawat di dalam laut.
sumber
0 Response to "Pesawat AirAsia QZ8501 Pecah Sebaik Sentuh Air"
Catat Ulasan