Punca Sidang Akhbar Mengenai Status MH370 Dibatalkan Terjawap Akhirnya




PUTRAJAYA 29 Jan. - Sidang akhbar mengenai status pesawat MH370 yang dijadualkan pada pukul 3.30 petang telah dibatalkan pada saat-saat akhir atas sebab-sebab yang tidak diumumkan.

Sidang akhbar yang sepatutnya diadakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman itu dikejutkan dengan kehadiran ahli keluarga kepada penumpang pesawat MH370.

Beberapa ahli keluarga termasuk dari China dan Malaysia kelihatan duduk dalam dewan sidang media sekali gus menarik perhatian petugas media.


Pesawat MH370 yang membawa 239 orang termasuk 12 anak kapal itu hilang daripada radar kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Operasi mencari dimulakan di Laut China Selatan pada hari yang sama selepas pesawat itu gagal dikesan.

Operasi mencari pernah diperluaskan ke Selat Melaka, Laut Andaman, Teluk Bengal dan Lautan Hindi malahan kawasan darat yang merentasi sehingga sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan di Asia Tengah.

Operasi itu kemudian ditumpukan sepenuhnya di Lautan Hindi di barat Perth, Australia selepas data satelit Inmarsat menunjukkan pesawat MH370 mengeluarkan isyarat terakhir di di kawasan tersebut. Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) turut ditubuhkan untuk menyelaras usaha mencari MH370 di Lautan Hindi.

Walaupun pencarian menggunakan aset tercanggih telah dilakukan, namun sehingga hari ini pesawat MH370 yang hilang secara misteri itu masih gagal dikesan.


Sumber

Related Posts :

0 Response to "Punca Sidang Akhbar Mengenai Status MH370 Dibatalkan Terjawap Akhirnya"

Catat Ulasan