Punca Status Halal Coklat Pepero Terjawap Akhirnya

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, semenjak kes status HALAL coklat cadbury menjadi begitu hangat bukan sahaja di Malaysia malah menjangkau ke Arab Saudi, Indonesia sehingga ke London, blog Denaihati terus dikunjungi pencari informasi halal haram makanan. Ramai juga pembaca yang mencari informasi status halal coklat pepero walaupun kes ini sudah diberi penjelasan oleh JAKIM.




Ramai blogger telah menulis berita terkini status halal produk pepero antaranya blog Eyriqazz  dengan entri bertajuk “status halal coklat pepero – jawapan balas dari Hj Ismail Group Langkawi” yang memberi penjelasan jawapan daripada wakil syarikat Hj Ismail Group, syarikat yang membawa masuk produk pepero di Langkawi. Blogger Shakiddo telah membuat penyelidikan dengan entri bertajuk “Pepero tiada sijil halal” iaitu penjelasan jawapan yang diterima daripada JAKIM melalui soalan beliau di FB JAKIM. Blogger Anarm menulis entri bertajuk “Status halal coklat pepero” yang memberi penjelasan dari Syarikat Lotte Confectionery iaitu syarikat yang mengeluarkan produk pepero.





Sebenarnya JAKIM sendiri telah membuat penjelasan berkenaan status produk pepero di website Halal Malaysia seperti berikut.


Khamis, 03 April 2014 00:31

Pengguna yang dihormati sekalian,
Sejak kebelakangan ini, Jakim menerima banyak aduan dan pertanyaan berhubung status halal Coklat jenama Peppero keluaran negara Korea.
Untuk makluman para pengguna sekalian, produk tersebut adalah BUKAN pemegang sijil halal Malaysia ataupun mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf.

Disediakan oleh:-
Unit Perhubungan Awam (PRO):
03 8892 5048 (Nadia Zammil Md Nasir)
03-8892 5047 (Puan Nurul Asma binti Mat Isa).

Semuga dengan entri ini pembaca yang mencari informasi tentang status halal coklat pepero mendapat jawapan yang jelas. Berhati-hati apabila makan terutama apabila ada perasaan was-was jadi baik semak status Halal Jakim secara online. Jika kita yakin dengan penjelasan JAKIM untuk kes status halal coklat pepero jadi kita juga kena yakin dengan status halal JAKIM untuk produk-produk lain termasuk status halal coklat cadbury.

Hal yang melibat hukum hakam terutama halal haram makanan mesti dinilai dengan ilmu bukan emosi contoh isu DNA babi dalam makanan yang menurut ulama tersohor dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang berpendapat gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan. Mengulas pendapat Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan bahawa gelatin atau DNA yang diperolehi daripada babi boleh dianggap halal jika ia telah melalui proses transformasi, mengikut konsep Islam istihalah. Kesimpulannya bila ada isu jangan cepat emosi seperti ahli politik tetapi cari, korek dan gali segala ilmu kerana setiap masalah dalam Islam ada jawapannya samada dalam Al Quran, Hadith juga kitab pendapat alim ulama. Emosi lebih banyak dipengaruhi oleh syaitan bukan kebijaksanaan minda.

Sumber

0 Response to "Punca Status Halal Coklat Pepero Terjawap Akhirnya"

Catat Ulasan