QZ8501: Punca Pesawat Berputar Sebelum Terhempas Ke Laut Terjawap





JAKARTA – Data ADS-B yang dirakam dari pesawat Airbus A320-300 AirAsia Indonesia QZ8501 menunjukkan pesawat berputar sebelum ia terhempas ke laut.

Data ‘surveillance’ diperoleh dari pesawat itu menunjukkan pada jam 6.17 waktu Indonesia Barat (WIB), di titik ketika pesawat mula menambah ketinggian, pesawat dilihat membelok ke kiri 310 darjah arah barat laut sehingga 270 darjah.

Ketika itu, ketinggian yang dicatatkan oleh pesawat QZ8501 adalah 37,600 kaki dan kemudian pesawat sekali lagi membelok ke kiri.


Pesawat kemudiannya dilihat berputar balik dari arah itu ke kedudukan 130 darjah ke arah tenggara.

Pertukaran arah itu disertai dengan pesawat mula kehilangan ketinggian atau jatuh dengan kelajuan mendadak iaitu 11,000 kaki hingga maksimum 24,000 kaki per/minit.

Sementara itu, Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia akan menentukan sama ada usaha pencarian mangsa nahas QZ8501 wajar diteruskan atau dihentikan, Selasa depan.

Pengarah Operasi BASARNAS, SB Supriyadi berkata, ia akan ditentukan dalam satu mesyuarat yang akan berlangsung esok dan dijangka dihadiri anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).

“Kita perlu bermesyuarat untuk berbincang sama ada SAR perlu diteruskan atau tidak selepas 27 Januari ini,” katanya.

Sumber

0 Response to "QZ8501: Punca Pesawat Berputar Sebelum Terhempas Ke Laut Terjawap"

Catat Ulasan