Yaya Toure mendakwa jurulatih Manchester City, Manuel Pellegrini cuba menipu apabila memberitahu dia cedera dan tidak boleh diturunkan ketika pasukan itu seri 2-2 menentang Burnley.
Toure sebaliknya mendedahkan dia tidak cedera tetapi telah direhatkan oleh Pellgrini dalam perlawanan berkenaan.
Pemain tengah terbabit membuat pendedahan tersebut menerusi laman sosial Twitternya selepas City dikritik apabila gagal mencatatkan kemenangan untuk menyaingi Chelsea yang turut seri.
Manchester City dilaporkan mempunyai peluang berharga untuk merebut kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris apabila Chelsea terlebih dahulu seri 1-1 dengan Southampton sebelum kelab berkenaan memulakan sepak mula.

Berikutan kegagalan berkenaan, Pellegrini dikatakan memberi alasan bahawa Toure telah mengalami kecederaan dan tidak boleh membantu skuad tersebut mencari kemenangan pada perlawanan penting itu.
Sumber : mstar.com.my
Sumber : mstar.com.my
0 Response to "Yaya Toure Dakwa Pellegrini Menipu"
Catat Ulasan