Zamani Boleh Saman PDRM, Kerajaan Malaysia RM100 Juta – Peguambela




Video berdurasi satu-minit-21-saat yang menunjukkan seorang penyanyi disuruh menyanyi lagu ‘Gerimis Mengundang’ dalam keadaan duduk dan tangan bergari menjadi viral sejak Khamis.

Serentak itu, ribuan reaksi membanjiri media sosial terutamanya daripada peminat dan teman dari pelbagai industri.

Dari bekas menteri, ketua polis sehingga peguam memberikan perhatian terhadap video yang dianggap menjatuhkan maruah penyanyi tersebut.


Seorang peguambela dan peguam cara, Ahmad Shuaib Ismail melalui akaun Facebooknya turut menasihatkan agar penyanyi itu mengemukakan saman RM100 juta akibat perbuatan yang dilihat menyalahi hak asasi tahanan.

Menurut Ahmad Shuaib lagi, satu pelanggaran ke atas hak tahanan yang ditangkap dan hak tahanan dari mendapat perlindungan sewajarnya.

Pengedaran video dalam balai atau lokap tanpa kebenaran bertulis Ketua polis Negeri adalah kesalahan serius kerana ia melibatkan isu keselamatan sendiri. Oleh itu, pada pendapatnya penyanyi itu berhak mendapatkan keadilan lebih lagi dari hak sivil beliau.

Namun begitu, hari ini beberapa portal hiburan melaporkan bahawa penyanyi itu dikatakan sudah memaafkan perakam dan penyebar video tersebut.

Sumber

Related Posts :

0 Response to "Zamani Boleh Saman PDRM, Kerajaan Malaysia RM100 Juta – Peguambela"

Catat Ulasan