Untuk pengetahuan umum semua buat masa ni Zamani
sedang menjalani terapi pemulihan. Jangkamasa berapa lama belum lagi diketahui
lagi. Harap peminat semua dapat sama2 berdoa agar beliau cepat pulih dan
sembuh," begitulah info mengenai perkembangan Zamani Slam melalui FB officialnya
semalam.
Bagaimanapun, tidak diketahui di manakah
penyanyi itu menjalani rawatan. Namun ada tekaan kemungkinan Zamani dirawat di
Rumah Pengasih sebagaimana Jamal Abdillah mendapat rawatan.
Malah minggu lalu, Pengerusi Pengasih, Datuk
Yunus Pathi ada berkata, pihaknya sedia membantu Zamani untuk pulih daripada
ketagihan dadah.
"Pihak kami tidak ada
masalah dan sedia menerima dia (Zamani) masuk ke rumah Pengasih jika dia
benar-benar mahu berubah. Kalau mahu berubah, di mana-mana pun bo#leh, kita akan
bantu sekiranya dia mahu," ujar Yunus.
"Dengan
kaedah dan rawatan yang disediakan, saya yakin Zamani mampu pulih dan dapat
menjalani kehidupan seperti biasa.
"Kita ada
contoh terbaik iaitu Datuk Jamal Abdillah pernah menerima ra#watan di sini dan
berjaya pulih," tambahnya.
Kredit
myartis
Sumber
0 Response to "4 Gambar : Zamani Kini Jalani Terapi Pemulihan"
Catat Ulasan