5 Gambar terakhir Mangsa Kelar Kekasih, Nursyuhada Johari | Seorang mahasiswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang telah disahkan meninggal dunia apabila lehernya dipercayai dikelar oleh kekasihnya.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 11.55 tengah hari semalam di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang, mangsa yang dikenali Nursyuhada Johari telah meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar.
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa menyatakan kejadian berlaku ketika mangsa dan teman lelakinya menaiki kereta jenis Proton Perdana menghala arah selatan.
Sebelum kejadian, ada saksi melihat pasangan itu bertengkar di dalam kereta tersebut sebelum kereta itu berhenti di tepi jalan.
“Lepas itu, saksi melihat seorang perempuan keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya.
Selepas menarik mangsa, lelaki kejam itu bertindak melarikan diri ke hutan berhampiran tetapi datang semula ke lokasi kejadian bagi mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam kereta.
Orang ramai yang menyedari kejadian itu bertindak memberkas suspek dan membelasahnya sebelum menyerahkannya kepada polis.
“Pemeriksaan di tempat kejadian menemukan sebilah pisau lipat yang dipercayai dibuang oleh suspek di bawah bukit di tepi lebuh raya berkenaan.
Saksi kejadian mendengar suspek berkata tak mampus lagi ke? selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat pemandu kereta Proton Perdana di lorong kiri lebuh raya.
sumber
0 Response to "5 Gambar terakhir Mangsa Kelar Kekasih, Nursyuhada Johari"
Catat Ulasan