Seorang wanita berumur 31 tahun terpaksa menahan kesakitan lebih daripada sejam apabila kakinya tersangkut di dalam lubang tandas di rumahnya Kampung Gajah Mati malam semalam.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Nur itu dipercayai sedang mengambil wuduk sebelum tergelincir sehingga kaki kirinya termasuk dan tersangkut dalam lubang tandas sedalam 0.75 meter.
Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Wan Asri Wan Yaakob menyatakan pihaknya mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan kaki mangsa.
“Kaki mangsa berjaya dikeluarkan sejam kemudian dan mangsa yang mengalami luka kecil di bahagian kaki dan tumit dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut,” katanya.
Sumber
0 Response to "Gadis Bertudung Tahan Sakit Lebih Sejam Dalam Lubang Tandas"
Catat Ulasan