Jenazah seorang mahasiswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan, Jitra sekitar jam 11 pagi semalam.
Nursyuhada Johari merupakan anak kedua daripada enam beradik telah disembahyangkan di Masjid Kampung Cherok Mokkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan terbabit.
Pelajar tahun pertama jurusan Perhotelan di UiTM Pulau Pinang itu meninggal dunia apabila lehernya dikelar oleh teman lelaki yang mengalami masalah gangguan mental di Kilometer 228.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang tengah hari semalam.
0 Response to "Jenazah Nursyuhada Johari Yang Maut Dikelar Teman Lelaki Selamat Dikebumi"
Catat Ulasan