Pelakon terkenal, Emma Maembong telah dipersalahkan oleh orang ramai dengan menganggap aktres jelita itu berperangai kebudak-budakan dalam percintaan.
Mana tidaknya seperti kebudak-budakan, sekejap putus cinta lepas itu sambung semula dan sekali lagi dikatakan berpisah secara baik. Paling terbaru, ada cerita yang menyatakan Emma Maembong sedia terima lamaran Zizan Razak.
Namun, kenyataan itu telah dinafikan oleh gadis berkelahiran Terengganu melalui akaun Instagram peribadinya baru-baru ini.
“Siapalah saya untuk hukum dia lama-lama. Sebelum ini pun saya tidak pernah beri sebarang kenyataan yang memang tidak ada ruang langsung atau pintu hati saya tertutup buat dia.
“Kalau ada jodoh pada masa hadapan dan pada masa sama dia mengajak saya berkahwin, maka saya akan terima. Tak payah bercinta lama-lama. Tapi buat sementara waktu biarlah dulu perkara ini berlalu lagi pun saya kini tak mahu menaruh harapan padanya,” katanya.
SUMBER
0 Response to "Emma Maembong Nak Apa Sebenarnya?"
Catat Ulasan