Pelakon Fizz Fairuz memberitahu risau dengan keadaan kesihatan anaknya yang masih mengalami demam kuning sejak dilahirkan pada 17 Februari lalu.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainil Abidin, 36, berkata, tahap demam kuning tersebut meningkat selepas seminggu dibawa pulang ke rumah.
"Dah lebih dua minggu demam kuning dia tak baik lagi ketika dilahirkan tiga hari dia ditahan di wad kerana tahap bacaan bilirubin meningkat kepada melebihi 340 kemudian turun 180 dan bila balik rumah ia naik semula hingga 344.
"Sekarang doktor masih pantau kalau tidak turun bawah 100 pada Isnin ini kemungkinan doktor akan ambil darah dan buat pemeriksaan hati, kita takut ada penyakit lain pula," ujarnya kepada mStar Online.
Fizz berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Munafik yang diadakan di Restoran Haslam, di sini, malam Rabu.
Fizz menerima cahaya mata pertama pada 17 Februari lalu selepas isterinya pelakon Almy Nadia selamat melahirkan anak perempuan dengan berat 3.25 kilogram di Hospital Columbia, Setapak, di sini.
Dalam pada itu, Fizz berkata, dia turut menggunakan pelbagai cara tradisional sebagai usaha mengurangkan penyakit itu.
"Ada beberapa cara rawatan tradisional ikut petua orang tua seperti berjemur di bawah matahari dan ada juga saya cuba mandikan dia dengan akar pokok Dukung Anak untuk kurangkan penyakit itu.
"Alhamdulillah ada sedikit nampak perubahannya dan berkurangan," ujarnya.
Sementara itu, Fizz turut mengakui perkara tersebut juga membuatkannya kurang fokus untuk bekerja terutama apabila menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur.
Katanya, dia kini yang sibuk menjalani penggambaran drama Kasih Jaslina di Melaka dan terpaksa meminta cuti pada setiap Isnin bagi menghantar anaknya membuat pemeriksaan di hospital.
"Saya sekarang sibuk dengan penggambaran drama di Melaka dan kalau ada kelapangan memang saya ambil kesempatan untuk balik melihat isteri dan anak di sini.
"Saya juga dah beritahu produksi agar memberi pelepasan pada Isnin kerana saya ingin menghantar anak saya membuat pemeriksaan kesihatan," ujarnya.
Dalam pada itu, Fizz turut berkata, mereka belum bersedia untuk menunjukkan wajah bayi sulung itu di laman sosial buat masa ini.
Sumber : mstar

0 Response to "Fizz Fairuz Risau Anak Masih Demam Kuning"
Catat Ulasan