Kerana Status ‘Nasi Bungkus’, Tengku Puan Pahang Tutup Akaun Instagram
Kuala Lumpur – Tindakan portal dan blog yang mengaitkan status Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dikatakan sebagai punca akaun tersebut ditutup.
Tinjaun SuaraTV pagi ini mendapati akaun media sosial milik Tunku Azizah yang berjiwa rakyat itu, sudah tidak dapat diakses lagi.
Status yang dimuatnaik oleh Tunku Azizah semalam, menjadi viral di media sosial apabila portal dan blog mendakwa ia menyindir Datin Seri Rosmah.
“There goes my diet… Oleh kerana nak bayar hairdresser mahal, saya hanya mampu beli nasi bungkus!,” tulis isteri kepada Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah itu semalam.
Tidak mahu ia disalahertikan, Tunku Azizah kemudiannya segera mengubah status berkenaan agar menjadi lebih ringkas.
“There goes my diet.” (Habislah diet saya)” tulisnya pula kira-kira satu jam selepas gambar itu dimuatnaik di Instagram.
Rata-rata pengguna media sosial sebelum ini menyifatkan akaun Instagram milik Tunku Azizah itu sebagai ‘penghubung’ antara Istana dengan rakyat kerana sering memuatnaik gambar-gambar baginda membantu masyarakat yang berada di dalam kesusahan.
Baginda yang terkenal dengan sikap merendah diri itu juga sering tidak mengendahkan protokol semata-mata untuk berada dalam kalangan rakyat biasa.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dalam satu kenyataan sebelum ini berkata isteri perdana menteri itu hanya merungut tentang harga tersebut selepas penyedia khidmat rumah ke rumah meletakkan harga setinggi itu.
“Beliau berkata hendak cat rambut, mereka datang ke rumah dan harga ditawarkan RM1,200, beliau berkata ‘amboi mahalnya’.
“Bukan beliau bayar, beliau merungut kenapa mahal sangat. Itu maksudnya,” kata Ahmad di Cyberjaya hari ini.
“Saya ada di majlis (bersama Rosmah) itu, tetapi telah diputar menjadi negatif. Hasrat Rosmah asalnya positif.” katanya. - suara.tv
Sumber: akulahjebatinu
0 Response to "Kerana Status ‘Nasi Bungkus’, Tengku Puan Pahang Tutup Akaun Instagram"
Catat Ulasan