Makanan Ini Mampu Buat Anda Berhenti Merokok ?







Anda seorang perokok yang tegar? Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk berhenti merokok? Pastinya kebanyakkan perokok-perokok di luar sana ingin berhenti namun kerap menemui jalan buntu.


Mengambil keputusan untuk berhenti merokok adalah suatu langkah yang bijak, persoalannya ialah apakah kaedah yang berkesan untuk berhenti merokok? Adakah melalui pemakanan?  Atau disiplin?

Bagi kami, pemakanan itu sendiri merupakan medium yang membantu untuk perokok mengurangkan ketagihan dan secara tidak langsung, nafsu untuk merokok dapat dikurangkan.

Sungguhpun begitu, tabiat pemakanan ini hanyalah sebagai penyokong untuk berhenti merokok kerana perkara paling penting ialah niat dan kesungguhan untuk berhenti merokok.

1. Madu

Madu secara bertahap akan melepaskan glukosa ke aliran darah. Tambahan pula, madu memiliki antioksidan yang akan membantu dalam menghilangkan racun dalam darah.

2. Makanan Masin

Tahukah anda, makanan masin dapat memadamkan keinginan peghisap rokok. Apa yang perlu anda lakukan, cuba makan dalam kuantiti yang sedikit masin ataupun mengambil secubit garam.

3. Halia & Bawang Putih

Halia dan bawang putih juga membantu dalam memerangi rokok. Rasa ‘panas’ halia dan bawang putih akan membantu anda melepaskan racun-racun yang anda peroleh daripada merokok. Ia juga turut membantu dalam menjaga peraliran darah dan tekanan seimbang ketika anda menarik diri daripada kebiasaan merokok.

4. Kayu Manis

Dikatakan menghirup aroma kayu manis boleh membuatkan seseorang seperti sedang ‘bermimpi’. Memakan kayu manis juga akan menenangkan otak dan saraf.

5. Epal

Merokok memberikan banyak racun dalam darah tubuh anda yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Makan epal setiap hari dapat memerangi racun yang disebabkan rokok. Epal mengandungi banyak air dan ‘pektin’ yang membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Malah, tekstur epal juga boleh mengurangkan keinginan untuk merokok.

6. Susu

Ketika anda merokok, bibir anda kehilangan kenyalan dan menjadi lebih gelap. Minum segelas susu dikatakan akan membantu menghidupkan zat di bibir. Rasa susu memiliki kekuatan untuk membuat rasa rokok menjadi pahit.

Sumber

0 Response to "Makanan Ini Mampu Buat Anda Berhenti Merokok ?"

Catat Ulasan