Jabatan Audit Negara telah memulakan proses pengauditan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebaik menerima arahan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas.
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata jabatan itu akan memberi keutamaan dalam melaksanakan pengauditan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan itu secara bebas dan profesional.
“Tentunya jabatan akan beri keutamaan dalam hal ini dan kami harap kami boleh melakukannya dalam suasana aman dan sejahtera,” katanya dalam sidang media mengenai pengauditan 1MDB di sini hari ini.
Ambrin berkata beliau mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy baru-baru ini yang telah menyatakan komitmen untuk bekerjasama penuh dengan jabatan itu dalam proses pengauditan. – BERNAMA

0 Response to "Proses Audit 1MDB Telah Dimulakan"
Catat Ulasan