Ramai tertanya-tanya apa punca kematian pelawak hebat, Harun Salim Bachik semalam. Harun Salim Bachik dikatakan sesak nafas sebelum meninggal dunia.
Ini merupakan komen dan kenyataan dari anak-anak Harun Salim Bachik yang tidak mahu membuat post mortem (bedah siasat) ke atas ayahnya untuk mengetahui punca kematian.
Komen Anak Sulung
Syafiq Al-Rashid Harun 30 tahun merupakan anak sulung Harun Salim Bachik. Untuk pengetahuan, Harun salim Bachik menghidap penyakit asma yang kronik.
Dia berkata ayahnya sebelum ini memang telah kerap kali ke hospital untuk menjalani rawatan bagi mengawal penyakit asma itu. Asmanya memang kronik.
“Ketika kejadian saya memang tiada di situ, adik bongsu saya yang memberitahu segalanya kepada saya. Kami berpakat adik-beradik tidak mahu arwah ayah menjalani bedah siasat kerana memang mengetahui arwah ayah menghidap penyakit asma.
“Tiada amanat apa-apa yang disampaikan kepada saya, cuma arwah ayah sangat profesional dalam kerjaya dan saya banyak membantu menguruskan hal kerja. Apa yang saya boleh kongsikan, arwah ayah pergi dengan tenang Amin,”
Komen Anak Kedua
Danial Al-Rashid Harun 29 tahun merupakan anak kedua Harun Salim Bachik. Dia turut bersetuju dengan keputusan abang sulungnya untuk tidak mahu arwah ayah menjalani bedah siasat.
Danial juga menafikan Harun Salim Bachik tidak jatuh seperti yang diperkatakan.
“Arwah ayah tidak jatuh, ketika asmanya menyerang, arwah ayah berpaut dan dipapah oleh adik saya, lantas adik saya membaringkan arwah ayah di atas pangkuannya.
“Saya tak pasti arwah ayah putus ubat atau pun tak tetapi sejak kebelakangan ini, arwah ayah telah membataskan hal-hal kerja.
“Umum kita tahu arwah ayah aktif dengan pelbagai rancangan TV dan sebagainya, cuma dalam tahun ini arwah ayah telah menghadkan kerja seninya di atas faktor kesihatan dan sebagainya,”
Allahyarham Harun Salim Bachik telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Rauda Sakinah Batu Muda pada jam 11 pagi tadi.
Ramai rakan artis yang hadir seperti Afdlin Shauki, Rosyam Nor, Johan Raja Lawak, Hans Isaac, Awie, Abon, Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi.
Sumber: hotlips-yuya / Murai.com.my
0 Response to "Sungguh Pilu.. Komen Anak-Anak Harun Salim Bachik"
Catat Ulasan