Pernahkah anda minum Milo dan rasa ianya tidak seperti selalu? Jika ya, anda mungkin terminum Milo tiruan yang dihasilkan dan dibungkus pihak tak bertanggung jawab.
Perkara ini terbongkar selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KPDNKK) berjaya merampas produk minuman Milo tiruan bernilai RM250,000 di sebuah taman perumahan mewah di Mantin, pada Jumaat.
Peh! Bayangkan berjuta-juta Nestle melabur untuk kilangnya tup-tup ada puak selamba je bungkus Milo sendiri dalam rumah.
Difahamkan, aktiviti haram ini diserbu selepas KPDNKK menerima aduan awam berkaitan perkara ini.
Mengesahkan lagi perbuatan yang menyalahi Akta Perihal Dagangan Seksyen 8 ini adalah video menunjukkan Milo dibungkus dalam rumah oleh beberapa pekerja yang kini tersebar.

Jadi berhati-hatilah, jika terminum Milo yang dibeli rasa lain macam je lepas ni sila pulangkan kepada kedai semula dan minta disiasat sama ada ianya produk tiruan yang tidak dikilangkan mengikut prosedur betul untuk menjamin kebersihan dan rasanya.
Sumber : mynewshub
0 Response to "Video Milo Tiruan Dibungkus ‘Timbang Kilo’ Dalam Rumah"
Catat Ulasan