Masih
belum terlambat rasanya untuk kami mengucapkan tahniah buat Didie Alias yang
telah melangsungkan majlis perkahwinan anak perempuannya semalam.
Majlis yang diadakan di Dewan N’dah Mahligai, Shah Alam diserikan lagi
dengan kehadiran sahabat karib dan sanak-saudara kedua-dua belah pihak
pengantin.
Sangat
meriah dan menceriakan majlis perkahwinan Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan dan
pasangan, Mohd Razishahriman Sabari. Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan berwalikan bapa
kandungnya iaitu Ridzuan Hashim yang juga seorang pelakon terkenal sah bergelar
isteri dengan hanya sekali lafaz.
Alhamdulillah,
semoga pasangan mempelai ini akan melayari bahtera perkahwinan mereka dengan
baik dan lebih bahagia di samping barakah Allah SWT. Jom layan dulu gambar
perkahwinan anak Didie Alias oleh @teddyfilm.co ini!

0 Response to "(12 Foto) Perkahwinan Anak Didie Alias Yang Memang Superb Cantik"
Catat Ulasan