Johor
Bahru: Seorang lelaki berusia 35 tahun mati ditembak dari jarak dekat di parkir
sebuah pusat beli belah, Taman Pelangi di sini, 9.20 malam tadi.
Mangsa
terkena satu das tembakan di dada dan meninggal dunia di tempat
kejadian.
Ketua
Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata,
mangsa sedang memasukkan barang ke dalam kereta selepas berbelanja di pasar raya
besar di situ.
Katanya,
suspek juga dipercayai memacitkan salah satu tayar kenderaan mangsa sebelum
menembaknya.
"Kita
masih menyiasat sama ada suspek berseorangan atau sebaliknya.
"Polis
turut memperolehi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pengurusan pusat
beli-belah berkenaan," katanya.
Mayat
dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk bedah siasat.
-HM
0 Response to "(6 Gambar) Lelaki ditembak dengan kejam sebelum masuk kereta"
Catat Ulasan