BUKIT
MERTAJAM – Tiada siapa menyangka seorang pemuda yang pernah mencapai berat badan
100 ki-logram (kg) suatu masa dahulu kini menderita akibat penyakit diabetes
yang kronik.
Malah,
Khairul Helmi Roslan yang baru berumur 25 tahun itu juga menderita penyakit
berkenaan hanya kerana kegemarannya me-minum air berkarbonat sehingga
menyebabkan dia kini kurus kering dengan berat badan hanya 36 kg.
Penyusutan
mendadak berat badannya itu juga menyebabkan tiada lagi keceriaan pada wajah
Khairul Helmi yang kini terpaksa menumpang kasih adik perem-puannya di Kampung
Tok Panjang, dekat sini sejak dua tahun lalu.
Menurutnya,
sejak dua tahun lalu sebaik sahaja disahkan menghidap penyakit itu, selera
makannya mula berkurangan dan berat badannya juga menyusut sehingga kurus
kering.
Malah
keadaannya amat menyedihkan kerana kadang-kala hanya mampu terlantar di rumah
akibat penyakitnya itu dan terpaksa dipapah oleh adiknya, Nurul Athirah,
24.
“Dulu
badan saya pernah mencecah 100 kg malah saya dikate-gorikan berbadan besar tapi
sihat dan mampu bekerja sebagai operator kilang dekat Perai.
“Namun
segalanya berubah pada 2012 apabila saya disahkan menghidap diabetes yang kronik
menyebabkan berat badan menyusut serta kini hanya mampu terlantar di rumah dan
dijaga oleh adik perempuan saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini
hari ini.
Tambahnya,
sejak ibu bapanya berpisah, ibunya, Rosmah Sulaiman, 44, berkahwin lain dan kini
menetap bersama bapa tirinya dan hanya sesekali datang menjenguk-nya di
rumah.
Jelas
Khairul Helmi, biarpun sedih dengan nasib yang menimpanya namun, dia reda dan
pasrah atas ketentuan itu.
“Kalau
dapat diputar kembali masa, saya mahu kembali sihat macam dulu dan tinggalkan
amalan buruk suka minum air berkarbonat yang menjadi punca penyakit ini,”
ujarnya.
Sementara
itu, rakannya, Mahazan Mohamad, 34, berkata, dia tidak menyangka Khairul Helmi
menjadi kurus akibat menghidap penyakit yang kronik kerana menyangka rakannya
itu selama ini mengamalkan diet.
“Memang
saya terkejut apabila dimaklumkan yang dia menghidap diabetes kronik kerana saya
sangka dia hanya berdiet. Apapun saya tetap akan berada di sisinya dan memberi
sokongan agar dia kembali sihat.
“Selain
itu saya berharap ada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan kepada Khairul
Helmi untuk membiayai rawatannya,” katanya.
0 Response to "Akibat Ketagih Air Berkarbonat, Remaja Menderita Sehingga Kurus Kering"
Catat Ulasan