Masa
aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik mak aku. Aku cakap kat dia “orang tua
takda otak”. Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku pakai Clorox. Habis rosak.
Padahal besok tu dah nak raya. Aku bengang. Aku campak jeans tu kat muka
dia.
Lepas peristiwa tu, aku tak
pernah minta maaf kat dia. Lastnya, mak ok macam tu je. Aku tahu, masa yang
berlalu telah merawat luka dia.
Dari tahun ke tahun, aku ada
life sendiri. Aku berkerjaya. Berkeluarga. Dan aku ada 2 orang anak. Tapi
malangnya, kedua-dua anak aku ni amat sukar untuk aku didik. Diorang amat
liar.
Dan start dari aku berumur 17
tahun sehinggalah aku berumur 50 tahun, aku tak pernah rasa tenang dalam hidup
aku. Hinggalah tiba satu masa, Allah ingatkan aku tentang dosa yang pernah aku
buat pada Mak aku dulu. Ya. Dosa aku herdik dan campak jeans kat muka
dia.
Bila aku teringat pasal tu,
aku terus balik kampung jumpa Mak. Aku duduk depan dia dan aku cakap aku nak
minta maaf kat dia.
Mak cakap, aku tak ada buat
salah kat dia. Dan aku memang tiap-tiap tahun pun minta maaf kat dia. Jadi dia
pelik kenapa tiba-tiba hari tu aku datang nak minta maaf kat dia.
Aku cakap, Mak mungkin dah tak
ingat orang pernah buat salah kat Mak dulu. Masa orang Tingkatan 5, orang pernah
marah Mak dan campak seluar orang kat muka Mak. Orang nak minta maaf pasal tu.
Maaf sangat-sangat. Masa tu aku dah mula sebak.
Bila aku ceritakan hal tu,
muka Mak berubah.
Tangan aku dia genggam erat
dan lepas tu dia sentap kuat. Mak cakap, dia takkan lupakan perkara tu. Bahkan
dia dah nekad, kalau dia mati, bila berjumpa Allah, dia akan pegang tangan aku.
Dia nak cakap : “ya Allah, tangan inilah yang pernah melukakan hati
aku.
Sedangkan dulu, aku telah
berkorban nyawa untuk melahirkan dia. Ya Allah, hukum la dia”
Bila Mak cakap macam tu, serta
merta aku menangis depan dia. Aku merayu agar Mak maafkan aku. Tapi Mak tetap
berkeras takkan maafkan aku. Aku sedih dan buntu. Akhirnya, aku pulang tanpa
mendapat keampunan seorang ibu.
Hari demi hari, aku datang
jumpa Mak. Tapi setiap kali aku datang, jawapan Mak tetap sama. Hinggalah sekali
tu, aku tidur kat rumah Mak. Lepas solat Subuh, aku datang jumpa Mak. Mak masih
bersimpuh di atas tikar sejadah dia dan tengah berwirid.
Selesai Mak wirid, aku pegang
tangan Mak. Aku cium tangan tua itu lama-lama. Aku nangis lagi depan dia. Dan
masa tu, aku dapat rasakan tangan Mak lembut menyapu kepala aku. Macam membelai
rambut aku ketika aku masih kecil dulu-dulu.
Bersama-sama itu, Mak cakap
sesuatu yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Mak cakap “Rahman, kalau bukan
kerana kesungguhan kau datang berjumpa Mak dan minta maaf dengan Mak, Mak memang
takkan maafkan kau sampai bila-bila. Tapi, hari ini, bersaksilah nak, Mak dah
maafkan segala kesalahan kau sejak kau dilahirkan sehinggalah Mak akan pergi
nanti”. Aku angkat kepala dan aku peluk jasad Mak. Sedu-sedu aku nangis di bahu
dia. Dah macam anak kecik pun ada. Aku tak kisah. Aku nangis semahunya. Aku
sedih dan bersyukur sangat sebab Mak dah maafkan aku. Mak pun nangis time
tu.
Dan lepas Mak maafkan aku, aku
dapat rasakan satu kelegaan dan ketenangan yang amat sangat. Rasa bahagia yang
tidak pernah aku rasakan sejak 50 tahun aku hidup kat muka bumi ni.
Habis tu, aku balik ke rumah.
Keluar je dari kereta, kedua-dua anak remajaku datang meluru mendapatkan aku.
Mereka cium tangan aku dan peluk tubuh aku. Saat itu, mereka lafazkan kalimah
yang aku memang tidak sangka, aku akan ada harapan untuk mendengarnya. Mereka
ucapkan : “Maafkan kami ayah.
Kami banyak buat salah pada
ayah”.
Serentak dengan itu, aku
dongak ke langit seraya berkata, benarlah apa yang NabiMu kata Ya Allah. Sesiapa
yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, maka anak-anak mereka akan berbuat
baik balik kepada mereka. Bersama linangan air mata, aku dakap mereka serta aku
lafazkan ucapan kesyukuran yang tidak terhingga. Terima kasih Allah.
Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan sebaik-baik Perencana.
-Tuan-tuan dan Puan-puan, bila
memohon ampun dengan ibu bapa, ingatlah kembali kesalahan yang pernah kita
lakukan pada mereka. Kita tidak boleh meminta maaf secara umum je pada mereka,
tapi kita kena sebut setiap kesalahan khusus yang pernah kita lakukan terhadap
mereka. Sekali mereka terasa, dan mereka simpan serta tidak memaafkan kita,
nescaya Syurga Allah tak halal buat kita. Nauzubillahiminzalik.
sumber – Karyawan
Bisu
0 Response to "Apa Yang Jadi Kepadanya Selepas 20 Tahun Bakal Buat Kita SAYU !!"
Catat Ulasan