Bersabarlah Yatt : Berita Terbaru Tentang Beliau Yang Pasti Semua Peminat Akan Terkejut


Terlerai juga ikatan perkahwinan Haryati Hamzah atau Yatt dengan suaminya Abdul Mutalib Abdul Shukor. Sebelum ini rumah tangga mereka pernah dikatakan berantakan tetapi berjaya diselamatkan.

 Namun jodoh itu tak berjaya dipanjangkan lagi. Perkahwinan pasangan itu sejak 29 Mac 2009 retak akhirnya semalam (25 Ogos). Mereka bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah KL secara tertutup sekitar jam 4.23 petang. Hal itu disahkan sendiri Abdul Mutalib menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantarnya kepada BH Online.

 Kami berpisah secara baik. Makluman ini dibuat bertujuan mengelak sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat. Apa pun mohon teman media mendoakan yg terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan seperti biasa.

 Sekian, terima kasih," katanya. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib berusia lima tahun.

0 Response to "Bersabarlah Yatt : Berita Terbaru Tentang Beliau Yang Pasti Semua Peminat Akan Terkejut"

Catat Ulasan