Awal bulan ini ada kolum gosip menulis hubungan
penyanyi Shahir AF dan Erra Fazira kian
renggang. Memetik sumber BH Online, Shahir sendiri agak
terkejut dengan gosip berkenaan dan akui hubungannya dengan Erra seperti sedia
kala.
“Saya sendiri tak tahu menahu kenapa wujud cerita itu. Sumbernya sendiri tak berani untuk dedahkan nama.“Jadi saya anggap penulisan itu hanya sekadar usik usik atau andaian semata mata. Yang pasti tiada apa yang berubah,” kata Shahir meleraikan persoalan.
Shahir menjelaskan dia dan Erra masih berhubung
seperti biasa.
“Oleh kerana saya di kampung (Perak) dan dia di ibu kota, kami banyak berkomunikasi di telefon bimbit,” katanya.
Erra yang ditanyakan hal yang sama juga
menjelaskan secara ringkas bahawa berita yang ditulis sebuah akhbar itu adalah
tidak tepat.
0 Response to "DIKATAKAN HUBUNGAN RAPAT DENGAN ERRA SUDAH PUTUS – SHAHIR AKHIRNYA TAMPIL BERIKAN PENJELASAN"
Catat Ulasan