Ford
Everest generasi terbaru dalam ruangan Pandu Uji minggu ini, boleh dikatakan
berada carta paling atas bagi pilihan penulis dalam kategori kenderaan utiliti
sukan (SUV) buat masa kini.
Setiap
sudut dan perincian pada model generasi ketiga itu cukup gah serta sempurna
berbanding model terdahulu sekali gus memberi satu era baru buat jenama Ford
Motor Company.
Peluang
memandu SUV itu di Chiang Rai, utara Thailand, baru-baru memberi peluang
keemasan kepada media tempatan untuk menguji kehebatan jentera berkenaan.
Semenangnya
Chiang Rai lokasi paling sesuai untuk menguji kebolehan jentera itu kerana muka
buminya yang berbukit serta laluan lasak.
Mereka
yang gemar memasuki kawasan hutan dan berbukit, inilah kenderaan paling sesuai
untuk aktiviti seperti itu kerana ia dipenuhi teknologi bagi memudahkan pemandu
biarpun tidak mempunyai kepakaran dalam pengendalian lasak.
Ini
terbukti selepas menguji Ford Everest di kawasan berbukit Akha Hill, Chiang Rai,
yang keupayaan Sistem Pengurusan Muka Bumi (TMS) banyak membantu penulis
menempuh laluan diberikan.
Sistem
pintar pada Ford Everest ini akan menala maklum balas pendikit kenderaan,
transmisi, kawalan cengkaman dan sistem pacuan empat roda pintar untuk
mengoptimumkan prestasi dalam pelbagai permukaan supaya berada dalam
kawalan.
Empat
mod pintar ditetapkan iaitu Normal, Salji, Pasir dan Batu yang mana ia diberikan
tugas berbeza mengikut permukaan bumi.
Malah,
mod yang dipilih itu akan tertera kluster instrumen di bahagian meter kelajuan
untuk menunjukkan tetapan pemanduan, pacuan tork, olengan dan pacuan
kenderaan.
Sekali
imbas, sistem seakan-akan seperti kenderaan SUV premium jenama lain yang penulis
pernah pandu uji sebelum ini.
Bagi
menuruni bukit curam, Ford Everest tidak memberi masalah besar kerana dilengkapi
sistem Kawalan Menuruni Bukit yang banyak membantu mengurangkan kelajuan
kenderaan.
Ketika
menuruni bukit, penulis tidak perlu menekan brek tetapi hanya mengawal kelajuan
dengan menggunakan butang pada stereng seperti ‘-’ atau ‘+’.
Selain
itu, pengendaliannya lebih mantap apabila menggunakan sistem ‘Torque on Demand
via Active Transfer Case’ bagi memastikan pemandu dalam kawalan dan
memaksimumkan prestasi dengan cara mengukur serta mengubah suai agihan kuasa
tork ke roda yang memiliki paling banyak kuasa cengkaman secara
berterusan.
Ia
akan menghantar kuasa tork ke roda hadapan dan belakang secara automatik untuk
memberikan cengkaman serta kawalan maksimum kepada kenderaan itu biarpun dalam
laluan licin.
Bagaimanapun
semua ciri istimewa itu hanya ada pada varian Ford Everest 3.2 liter. Malah
kenderaan SUV itu mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan pikap trak, Ford
Ranger apabila mampu meredah sungai dalam sedalam 0.8 meter.
Berdasarkan
reka bentuknya pula, ia menyerlahkan keseimbangan antara kemampuan yang lasak
dan kehalusan buatannya, selain membuatkan kenderaan tujuh tempat duduk itu
memberi lebih keselesaan berbanding SUV lain.
Reka
bentuk bahagian hadapan yang berani, hud maskular, lampu bersepadu dan jeriji
trapezoidal memberi pandangan lebih lasak.
Belakangnya
pula diperkemaskan lampu LED serta tampak berani daripada reka bentuk rata pada
SUV tradisional, selain dilengkapi pintu kuasa boleh dibuka atau ditutup dengan
hanya menekan satu butang.
Sebaik
penulis menjengah ruang kokpitnya, ternyata ia menyalurkan suasana sangat mewah
dengan menggunakan rekaan horizontal untuk memberikan rasa luas.
Apa
yang menarik perhatian penulis adalah panel meter kelajuannya. Ia cukup canggih
apabila meter RPM menggunakan sistem multimedia dan pada masa sama menyalurkan
maklumat penting kenderaan.
Ia
juga dilengkapi dengan skrin sentuh bersaiz lapan inci dan sistem bunyi dengan
10 unit pembesar suara berkualiti tinggi bersama subwoofer bersepadu.
Tempat
duduk baris kedua dengan konfigurasi 60/40, manakala ketiga berkonfigurasi 50/50
boleh dilipat rata dan boleh menawarkan ruang kargo sehingga 2,010 liter dan
mengangkut muatan seberat 750 kilogram.
Sepanjang
pemanduan itu, penulis kagum dengan ciri terbarunya iaitu Penghapusan Bunyi
Bising Aktif yang mana bunyi daripada enjin diesel tidak langsung tidak menyerap
masuk ke dalam ruang kabin.
Dalam
sesi pandu uji itu, penulis dan rakan media lain boleh memandu dengan tenang
tanpa bunyi seretan angin atau enjin yang kerap menghantui pemilik kenderaan
diesel ketika ini.
Namun,
bila ia dipasarkan untuk pasaran Malaysia atau harga SUV itu masih lagi belum
diketahui, tetapi berdasarkan generasi sebelum ini ia dijual melebihi
RM170,000.
INFO
FORD EVEREST 3.2 LITER
-
Enjin: 3.2 Liter Duratorq Lima-Silinder TDCi Diesel
-
Kuasa maksimum: 197 hp
-
Tork maksimum: 470 Nm
-
Transmisi: Automatik enam kelajuan
-
Ciri Keselamatan: Tujuh beg udara, Kawalan Selekoh, Bantuan Mula Menaiki Bukit,
Program Kestabilan Elektronik, Titik Buta, Sistem Pengurusan Muka Bumi.
-
Harga: Masih belum diketahui.
0 Response to "Ford Everest Generasi Baru Lebih Macho"
Catat Ulasan