Biarpun sudah dikurniakan 2 cahayamata, namun pelakon Ayu Raudhah tetap berhasrat untuk menambah zuriatnya bersama Zaquan Adha dan siapa sangka dia mahu memiliki 8 orang anak dan dia juga sering berdoa agar keinginan itu tercapai atas berkat oleh-Nya.
Alhamdulilah, syukur dengan kehidupan saya sekarang ini. Keluarga saya bertambah ceria dengan kehadiran 2 anak teruna yang sentiasa hiburkan hati saya dan suami.
Anak saya yang sulong sudah terikut-ikut minat ayahnya yang suka main bola, pantang nampak bola dia akan tidak berhenti bermain. Sekiranya dimurahkan rezeki dikurniakan anak seramai 8 orang, saya rasa bersyukur dan bertambah ceria suasana keluarga kami, Insha Allah seloroh Ayu sambil tersenyum kepada portal Murai.com.my
Ayu yang ditemui media di Majlis Sidang Media Pengumuman Pengacara Majlis, Barisan Penyampai dan Persembahan Artis Festival Filem Malaysia 27 (#FFM27) baru-baru ini di ibu negara turut memberitahu yang dirinya semakin sibuk menguruskan keluarga dan bisnes tudungnya iaitu Padusi.
Malah, karier lakonan berada di fasa berehat dan akan kembali berlakon semula. Namun dia tidak meletakkan sasaran bila masanya untuk bergiat aktif semula.
Buat masa sekarang saya tidak bersara lagi dalam dunia lakonan, saya nak berlakon tapi masa yang tidak menginzinkan. Lagipun anak-anak saya masih kecil dan perlukan perhatian dan jagaan sepenuhnya oleh saya dan suami.
Kalau tanya saya rindu ke tidak? Jawapan saya adalah iya. Tetapi masa belum mengizinkan, Zaquan tak larang saya untuk berlakon, tapi saya yang membuat keputusan untuk berehat seketika, katanya dengan panjang lebar.
Menyentuh mengenai pencalonannya dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM27, dia berasa sangat bersyukur dan terharu kerana bakatnya masih lagi diterima oleh para juri untuk tercalon sebagai finalis.
Ayu Raudhah tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menjulang trofi kemenangan, tetapi dia harapkan pada malam kemuncak itu adalah hari kemenangan kepada semua calon yang menyemarakkan dunia perfileman negara.
Mendirikan rumahtangga dengan Zaquan Adha kira-kira-kira 4 tahun yang lalu, pasangan ini telah dikurniakan 2 orang cahaya mata lelak iaitu Muhammad Aisy Qaiser dan Muhammad Aisy Aryan yang berusia 2 tahun dan setahun.
Artikel Ini Disiarkan Jumaat, 28 Ogos 2015
Sumber: Murai
0 Response to "FUHH….!!! AYU RAUDHAH RANCANG NAK DAPAT ANAK SERAMAI 8 ORANG"
Catat Ulasan