Doktor
di Shenzhen, China memberi tunduk hormat ke atas pemergian seorang kanak-kanak
lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia akibat tumor otak awal bulan ini.
Sebelum meninggal dunia, budak lelaki yang berani ini ingin memastikan
pemergiannya akan dapat memberi kesan dan bantuan untuk pesakit lain supaya
menjadi sihat tidak sepertinya. Hanya selepas lapan jam pemergian beliau, beliau
menyelamatkan beberapa nyawa melalui pendermaan organ buah pinggang dan hati
beliau, dan juga penyelidikan perubatan lain.
Keluarganya
menjelaskan bahawa dia mahu menyelamatkan orang lain daripada mempunyai rasa
sakit yang dia alami dari penyakitnya dan “dapat hidup dengan cara yang lain.”
Keluarganya juga bercakap tentang sekiranya ia masih hidup, kanak-kanak itu mahu
menjadi doktor. Dia hanya mahu membantu orang lain. Mengetahui bahawa ianya
tidak akan berlaku, dia melihat ini sebagai pilihan yang terbaik seterusnya
dalam membantu pesakit lain hidup dan sihat. Mereka yang menerima sumbangan
beliau pasti akan bersetuju.


0 Response to "Inilah Punca Sebenar Kematian Budak 11 Tahun ini Mendapat Tunduk Hormat Dari Pasukan Doktor"
Catat Ulasan