JANGAN KASAR DENGAN PENIAGA KECIL mereka hanya berniaga mencari rezeki untuk keluarga.
SAYA ULANGI DAN AKAN terus ulangi, tolong jangan ganggu peniaga peniaga kecil. Bantu mereka dan HORMATI MEREKA. Walaupun mereka mungkin tiada lesen atau tidak penuhi syarat yang diperbuat JANGAN LAYAN MEREKA SEBEGINI. Buat syarat yang mudah mereka penuhi dan buat peraturan untuk permudah diikuti mereka.
Tanggung jawap kita permudahkan rakyat hidup dan permudah mencari rezeki. Walaupun lot perniagaan mereka kecil dan daif, mereka harus DISANJUNG DAN DIHORMATI kerana berusaha gigih mencari rezeki yang HALAL.
Sesiapa yang kenal peniaga ini, sila berikan no telnya kepada saya, video ini telah menyebabkan darah saya menyirap dan bergenang air mata saya sedih melihat Rakyat Malaysia diperlakukan sebegini.
Semoga Allah lindungi Rakyat Malaysia.
JANGAN KASAR DENGAN PENIAGA KECIL mereka hanya berniaga mencari rezeki untuk keluarga.SAYA ULANGI DAN AKAN terus...
Posted by Kamal Hisham Jaafar on Saturday, August 29, 2015
0 Response to "JANGAN KASAR DENGAN PENIAGA KECIL. MEREKA HANYA MENCARI REZEKI"
Catat Ulasan