Kata Menteri Pendidikan - Pelajar Yang Belajar Di Luar NEGARA TIDAK TERJEJAS RINGGIT MALAYSIA JATUH !



Rasanya mereka ni menteri pasola turun kayangan agaknya . Dah duduk luar negara , mesti guna matawang mereka . Dah RM susut nilai , buat exchange rate dpat berapa je !!!

SHAH ALAM - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusof berkata, kejatuhan nilai ringgit tidak banyak memberi impak negatif kepada kos kehidupan pelajar tajaan Malaysia di luar negara.

Idris berkata, ini kerana biasiswa kerajaan terhadap pelajar di luar negara diberi dalam bentuk mata wang asing.

"Sebenarnya pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa adalah dalam bentuk wang asing, jadi mereka mendapat biasiswa dalam dolar Amerika Syarikat, dalam British pound jadi ia tidak membawa masalah sangat kepada mereka (pelajar), kerana mereka dibayar dalam wang asing," katanya kepada Sinar Online selepas memberikan taklimat Pelan Pembangunan Pendidikan 2015 - 2025 kepada karyawan Kumpulan Media Karangkraf.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai Himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan pada 29 sehingga 30 Ogos ini, beliau menyarankan agar pelajar tidak menyertainya bagi mengelak berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini. 



- Sinar Harian

0 Response to "Kata Menteri Pendidikan - Pelajar Yang Belajar Di Luar NEGARA TIDAK TERJEJAS RINGGIT MALAYSIA JATUH !"

Catat Ulasan