Beberapa
tahun lepas aku terbaca di Harian Metro kisah seorang isteri yang diceraikan
oleh suaminya kerana tidak berdarah pada malam pertama perkahwinan mereka. Si
suami beranggapan si isteri telah menipu dirinya dan tidur dengan lelaki lain
sebelum berkahwin. Berita ini amat menyedihkan kerana cinta yang mereka bina
selama ini hancur musnah kerana sikap tidak berfikir panjang si suami.
Namun
kisah ini tidak seburuk berita berita yang aku dengar dari negara negara
konservatif muslim. Di Pakistan dan Bangladesh umpamanya ramai isteri yang tidak
berdarah pada malam pertama dibunuh atau/dan dibakar oleh suami, abang atau bapa
mereka kerana dikatakan telah menconteng arang ke muka keluarga. Pada pendapat
aku, berdarah atau tidak berdarah bukanlah satu perkara yang perlu dijadikan
isu. Dibawah ini akan aku jelaskan mengapa.
Pertama
sekali, bukan semua wanita dilahirkan dengan selaput dara. Menurut
Nederlandse Vereniging voor Obstetrie en Gynaecologie (May 2004), 1
bagi setiap 1000 orang wanita dilahirkan tanpa selaput dara. Dalam erti kata
lain, kira - kira 15000 wanita di Malaysia tidak mempunyai selaput dara.
Selain
itu, selaput dara bukan sahaja boleh pecah kerana aktiviti seks tetapi juga
kerana faktor faktor yang lain seperti penggunaan
tampon yang kerap, penggunaan vaginal speculum ketika pemeriksaan kesihatan,
onani, sering melakukan akitiviti lasak serta bersukan, kecederaan atau
penderaan fizikal. Atas sebab - sebab ini berdarah atau tidak bukanlah
petunjuk konkusif bahawa si wanita itu pernah melakukan seks atau tidak.
Disamping
itu, sesetengah wanita mungkin hilang dara kerana dirogol. Golongan ini dalam
dilema sama ada patut atau tidak mereka menceritakan tragedi hitam mereka kepada
bakal suami. Golongan lelaki diluar sana mungkin beranggapan yang wanita wanita
ini harus berterus terang sahaja kepada bakal suami mereka. Namun, kita tidak
berada di tempat wanita itu dan tidak tahu betapa berserabut fikirannya. Jika
diberitahu, makin banyak soal si suami hingga membuatkan si isteri terseksa
mengenangkan saat dirogol. Ada kemungkinan si suami akan menganggap si isteri
hanya membuat - buat alasan untuk menutup aib bahawa dirinya dulu seorang
bohsia. Ada kemungkinan si suami akan menyalahkan si isteri kononnya terlalu
naif, sama dua kali lima menggatal, berpakaian seksi dan sebagainya. Hakikatnya,
amat susah sekali suami - suami diluar sana mempercayai pengakuan isteri
mereka.
Menurut
Psychology Today (Mac 2011), hanya 43% wanita yang disoal selidik mengatakan
mereka berdarah ketika pertama kali melakukan seks. Adakah ini bermaksud 57%
wanita yang lain itu masih mempunyai dara? Sudah tentu tidak.
Lelaki
- lelaki diluar sana sangat bersyukur dan gembira jika mengetahui isteri mereka
berdarah pada malam pertama. Tetapi pendarahan ini mungkin berlaku disebabkan
penyakit seperti cervical dysplasia, gonorrhea, cervical polyps, vaginal yeast
infection, uterine polyps, chlamydia, vaginitis, trichomoniasis, endrometritis
and fibroid tumors. Jika bukan kerana penyakit mungkin juga kerana kemasukan
zakar kedalam vagina secara kasar dan kekurangan pelincir.
Yang
peliknya, sesetengah lelaki yang beriya - iya mahukan isteri dara ini belum
pasti lagi masih teruna atau tak. Entah - entah dah banyak kali beromen dengan
anak orang. Janganlah jadi lelaki munafik yang nak isteri islamik, dara tapi
perangai sendiri macam sampah.
Berdasarkan faktor
- faktor ini tidak perlulah lagi kita hebohkan sangat jika perempuan itu
berdarah atau tidak. Apa yang penting adalah perempuan itu baik, memahami kita
dan menyayangi kita sepenuh hati. Jika perempuan itu terbukti pernah tidur
dengan banyak lelaki sekalipun tidak perlu kita kenang sejarah hidupnya. Apa
yang lepas kita biarkan berlalu pergi. Jika wanita itu pelacur sekalipun tetapi
benar benar ingin membina keluarga bersama kita jadi terimalah seadanya. Lagipun
kita ini pun bukanlah sempurna mana.

0 Response to "Kejam! Isteri Dibunuh Kerana Tiada Darah Ketika Malam Pertama Pecah Dara."
Catat Ulasan