Nota
editor : Kisah ini diceritakan oleh Norwahidah Rais di laman facebook beliau
. Cubalah baca dengan perlahan dan hadamkan setiap pengajaran yang ada dalam
cerita ini . Wahai
suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan
tidak puas hati dan ingin marah kepadanya.. Ingatlah akan pengorbanan yang telah
dia berikan kepada kita. Zuriat keturunan kita yang lahir dari rahimnya.
Diamkanlah diri tenangkanlah hati. Bila keadaan kembali reda, bersuaralah.
Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. Bukan dengan kekerasan yang bakal
mengundang padah. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok.
Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai
dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita
bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya.
Isteriku
dimasukkan ke wad kerana air ketuban telah pecah. Katanya bukaan hanya 2cm
ketika itu. Dia memberitahuku supaya jangan risau kerana masih belum rasa sakit
bersalin. Pada keesokan harinya barulah aku bertolak ke hospital untuk bertemu
dengan isteri yang kucintai. Menatap wajahnya yang tidak bermaya, baru aku
teringat yang isteriku masih tidak menyentuh makanan sejak dari petang semalam.
Aku menyuruhnya makan sedikit, tetapi dia menolak kerana doktor telah menyuruh
isteriku berpuasa bermula jam 6 pagi. Sayu melihat dirinya yang lemah, aku
menghulurkan air minuman untuk membasahkan tekaknya. Tabahnyaa
dirimu..
Apabila
jam menunjukkan pukul 10.00 pagi dengan bukaan seluas 4cm, dia ditolak masuk ke
dalam labour room. Entah kenapa dengan bukaan seluas itu, dia sudah ditolak
masuk ke bilik bersalin. Aku pun confuse. Setahu aku, bukaan yang sesuai untuk
melahirkan anak ialah 10cm. Dan aku dimaklumkan oleh guard wanita India yang
bertugas, isteri aku ditempatkan di bilik D. Dia memaklumkan bahawa kebiasaannya
bilik itu akan dihuni oleh mereka yang mengalami masalah untuk bersalin. Aku
mula gelisah. Tak tentu arah. Mungkin itu adalah mitos yang direka oleh achi
India itu berdasarkan pengalamannya sebagai senior guard di sana. Pujuk aku
sendirian.
Berbekalkan
Quran burukku yang aku bawa bersama barang-barang isteri dan baby yang bakal
dilahirkan, aku selak helaian 440. Ya.. Aku mencari surah Yaasin. Pesan nenekku,
bacalah Yaasin. Semoga dengan berkat dan rahmat yang ada pada surah itu dapat
membantu isteriku bersalin secara normal. Kumulakan dari al-fatihah dan disusuli
surah karamah itu. Satu persatu perkataan dan ayatnya ku alunkan perlahan sambil
di dalam hati tak henti-henti berdoa agar diselamatkan isteri dan
anakku.
Usai
membaca Yaasin dan menunaikan solat Zohor, aku tunggu lagi. Achi India yang
sedari tadi memerhatikan gerak langkahku menegurku ‘’Adik.. Mari ikut saya. Kita
masuk ikut pintu belakang. Adik boleh jumpa isteri adik,’’pelawanya ramah.
Mungkin dia sedar aku dah semakin gelisah dan asyik mengintai ke dalam labour
room. Alhamdulillah. Kalau boleh jumpa tenang sikit hati aku sebab dari tadi
hanya membalas sms je. Keadaan sebenar isteri aku tidak aku
ketahui.
Dari
jam 10 sampailah jam 4 petang isteriku ditahan. Bukaannya sekarang hanyalah 6cm.
Setelah diinduce kali ke dua, bukaan rahimnya masih belum membenarkan bayi untuk
keluar. Akibat terlalu lama menunggu, akhirnya doktor memutuskan isteriku perlu
dibedah.. Ini kerana bayi di dalam kandungan isteriku semakin lemah. Aku yang
cuba mengawal diri agar tidak panik, akhirnya tewas kepada diri sendiri. Air
mata yang cuba ku sekat agar tidak mengalir seolah-olah tidak dapat dibendung.
Seolah-olah mataku tidak ada penakung. Setiap kali aku bertutur, menenangkan
isteriku.. Setiap kali itulah air mataku kan bercucuran jatuh ke tangannya. Mana
taknya.. dengan keadaan dirinya yang sudah tidak bermaya, ditambah pula dengan
tangan dan kakinya sejuk bagaikan direndam ais, tubuhnya menggigil. Dengan
segala macam wayar berselirat di perut dan tangannya.. Hatiku meruntun sayu.
Para doktor meninggalkan aku dan isteri untuk meluangkan masa bersama. Mungkin
ini adalah untuk kali terakhirnya aku boleh bercakap bersama isteriku. Ini
kerana doktor telah membuat keputusan, isteri aku mesti dibedah bagi
menyelamatkan bayi yang hampir lemas.
Beralunkan
surah Yaasin yang dipasang di bilik bersalin itu..Mata kami bertentangan.
Isteriku perasan mataku kembali berkaca. Dia mula menuturkan kata-kata cinta
bagi memulihkan semangatku.
‘’Abang..
Hensemnya Abang harini. Abang suka tak dengan baju yang sayang belikan untuk
Abang tu?’’
Pada
ketika itu juga, aku tidak dapat menjawab dengan perkataan tapi aku rangkul
dirinya sambil menangis teresak-esak seperti tiada lagi esok untuk kami bersama.
Aku tidak mampu bersuara walaupun mengeluarkan sepatah kata. Tapi, dia mempunyai
kekuatan yang amat luar biasa. Walaupun dia ‘berpuasa’ , dia masih gagah. Masih
kuat untuk memulihkan semangatku yang semakin luntur..
‘’Abang..
Seandainya doktor memberi pilihan, siapakah yang Abang ingin selamatkan, sayang
atau anak kita.. Abang tolong jawab ‘’ Selamatkan anak saya.. ‘’. Berilah anak
kita peluang untuk merasai kebahagiaan hidup di dunia ini biarpun tanpa umminya
di sisi..’’
Sekali
lagi aku menangis semahunya. Aku tidak mahu keadaan itu berlaku. Aku mahukan
isteri aku. Aku mahukan kedua-duanya berada di sisiku. Membesarkan anakku
bersama insan pilihanku.
Tamatnya
waktu bersama. Isteriku ditolak untuk dibawa ke bilik pembedahan. Aku menghantar
Isteriku dengan lirik mata berair sebelum berlalu ke musolla hospital. Aku
berwudhuk. Solat 2 rakaat. Aku sujud lama-lama memohon keampunan untuk isteriku
juga untuk diriku lebih-lebih lagi. Mungkin ini adalah kaffarah dosa aku selama
ini. Aku menangis semahu-mahunya..
Sedari
jam 4.30 petang aku menanti penuh sabar di luar bilik pembedahan. Aku dail, aku
telefon nombor keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan-rakan yanga aku
kenal. Aku pohon dan merayu dari mereka agar doa dikirim buat isteriku yang
sedang bertarung nyawa melahirkan seorang khalifah penambah ummat Nabi tercinta.
Mulutku tidak henti-henti menbacakan Hizbul Bahri. Zikir berharga yang tiada
nilainya yang aku terima ijazahnya dari Al-Allamah Syeikh Nuruddin Al-Banjari
Al-Makki.
1
jam berlalu. Mundar-mandirku tidak mengeluhku untuk aku duduk. Walaupun kakiku
lenguh berdiri dari tadi, tapi perasaan ingin tahu akan keadaan isteriku
melenyapkan semua keletihan itu. Akhirnya penantian aku berakhir.. Seorang nurse
menolak troli tertutup.. incubator barangkali namanya.. dengan seorang bayi mata
bulat muka mirip anak Cina. Oh! Rupa-rupanya, bukan isteri aku seorang kat
dalam. Ibu cina pun ada.
‘’Suami
kepada Zulaikha’’ ‘’Suami kepada Zulaikha’’ jerit nurse mencari ‘Yusuf’
Zulaikha.
Orang
ramai yang turut sama mengintai bayi cina itu berpandangan antara satu sama lain
termasuklah aku. Tiba-tiba aku teringat. Akulah suami Zulaikha. Macam manalah
boleh lupa pulak time-time macam tu. Aisehhh.. Biasalah beb. Cuak kot masa tu.
Sampai nama bini pun lupa daaa..
‘’Ya..
Saya kak. Saya suami dia’’
‘’Encik..
Ini anak encik. Encik bolehlah pegang dan azankan dia. Tapi sebelum tu, Encik
kena kata apa?’’
Nak
kata apa pulak nurse ni. Alhamdulillah ke? Ke terima kasih nurse? Mana aku tahu.
Dah la rasa tak percaya pun ada yang anak cina yang aku sangka tadi tu rupanya
anak aku.. Boleh pulak dia suruh kata apa. Aduilaa.. Nurse pun.
Mungkin
nurse tu perasan aku tengah blur, dia pun selak kain bedung anak aku bagi
menyatakan jantinanya. Oh.. Nurse nak suruh aku buat pengakuan yang anak aku ni
perempuan. Baru aku faham.
‘’Perempuan
nurse’’ kataku tersenyum malu.
Aku
dakap anak aku. Aku cium dahi dan kedu-dua pipinya lalu aku azan dan iqamatkan
di kedua-dua belah telinganya. Allahurabbi. Comelnya anak aku. Mata hitam dia
bulat besar. Taknak tutup pulak tu. Alhamdulillah.
‘’Nurse,
macamana dengan isteri saya? Bagaimana keadaan dia?’’ tanyaku setelah sedar dari
pukauan mata anak aku ini.
‘’Isteri
encik selamat. Dia sedang dijahit. Kejap lagi dia keluar..’’
Tidak
lama selepas itu, Isteri aku ditolak keluar. Alhamdulillah. Syukur kepada-Mu ya
Allah. Biarpun Kau mentaqdirkan dia bersalin secara Caesar, namun aku bersyukur
sangat-sangat kerana Engkau masih lagi memberikan kesempatan untuk aku
berkasih-sayang dengannya. Hanya pada Mu segala puji-pujian layak kami
berikan.
Keluarnya
isteri aku dari bilik pembedahan bukannya dengan tangisan. Malah, tiada setitis
air pun yang aku perasan membasahi matanya. Walaupun kesakitan, seukir senyuman
dia hadiahkan kepadaku. Terharu. Sungguh terharu. Aku kucup dahinya dan
mengucapkan
‘’Terima
kasih Sayang kerana sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriat
Abang’’.
Sumber
0 Response to "" Kisah Seorang Suami Yang Tabah Ketika Isteri Melahirkan Anak Secara "Ceaser" Ini Harus Menjadi Contoh Suami Yang Lain"
Catat Ulasan