Letupan Bom: Dua Rakyat Malaysia Antara 20 Terbunuh Di Bangkok

Dua rakyat Malaysia antara 20 orang yang terbunuh dalam letupan bom di bahagian tengah Bangkok malam Isnin, yang turut menyebabkan 125 lagi cedera. Kematian dua rakyat Malaysia itu disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok.
Letupan Bom: Dua rakyat Malaysia antara 20 terbunuh di Bangkok
Letupan Bom: Dua rakyat Malaysia antara 20 terbunuh di Bangkok
Kesemua mangsa dtempatkan di 15 buah hospital di sekitar Bangkok.

Bangkok Post melaporkan, letupan pada kira-kira jam 7 malam (8 malam waktu Malaysia) berlaku di persimpangan Ratchaprasong, berdekatan dengan Kuil Erawan dan pusat beli-belah Bangkok.


Ia turut merosakkan beberapa kereta dan motosikal.

Selain itu, laporan menyatakan beberapa penjaja jalanan dipercayai antara mangsa letupan itu.

Ketua Polis Thailand Jeneral Somyot Poompanmouag berkata kemungkinan warga China dan Filipina adalah antara 16 orang yang terkorban akibat letupan bom itu.

Sumber polis lain pula berkata mangsa mungkin termasuk pelancong dari Jepun dan Hong Kong.

Somyot kemudian mempengerusikan satu mesyuarat di ibu pejabat polis selepas melawat kawasan letupan itu.

Sebelum ini, beliau berkata letupan itu disebabkan oleh bom TNT.

Laporan yang belum disahkan daripada sumber polis menyatakan mungkin ada dua lagi bom yang tidak meletup, yang membayangkan bahawa pihak yang bertanggungjawab mahu mencetuskan kemusnahan besar.


Persimpangan Ratchaprasong di bahagian tengah Bangkok menjadi lokasi protes jalanan oleh kumpulan Baju Merah pada 2010 dan PDRC (Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat) diketuai Suthep Thuaksuban pada 2014, yang akhirnya mencetuskan rampasan kuasa tentera dan penggulingan bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra.

Walaupun pengeboman berlaku tidak jauh dari Stesen Chitlom yang menyediakan perkhidmatan Keretapi Bangkok yang dikenali sebagai ‘skytrain’, namun perkhidmatan itu masih diteruskan.

Setakat ini, tiada rancangan untuk menutup sekolah-sekolah dan bank-bank yang terletak berhampiran kawasan itu.

Related Posts :

0 Response to "Letupan Bom: Dua Rakyat Malaysia Antara 20 Terbunuh Di Bangkok"

Catat Ulasan