#$Adik beradik ni orang kata ‘air dicincang tidak akan putus’, walau macam mana teruk pun bergaduh, selama mana pun bermasam muka dan mempunyai pendapat yang sama pasti akan berbaik kembali. Iya lah, talian kekeluargaan antara adik beradik memang kuat sebab mereka adalah merupakan darah daging kita sendiri.
Semalam kami dapat kiriman dari inbox dan kongsi cerita mengenai seorang kakak yang bernama Deanna Rahman yang meluahkan perasaan sedih oleh kerana pemergian adik lelakinya yang tercinta. Kami baca pun sampai macam nak menitis air mata. Cara gadis ini bercerita memang sangat dekat dengan kami.. Haihh.. Sesungguhnya ajal maut di tangan Allah S.W.T.
Salam adik tersayang, apa khabar? Baru sehari kau takda, rindu macam dah lama tak nampak. Apa khabar, meer? Sihat? Seronok tak kat sana? Akhirnya, ajal yang Allah rahsiakan daripada kita, terbongkar juga. 15/08/2015 kau tinggalkan dunia ni. Rasa sunyi dia lain macam la meer? Lain. Selalu aku nampak kau terlentang kat atas katil, sofa, lantai, semua kau ada. Harini sunyi semacam. Pagi yang biasa ni jadi macam luar biasa. Kehilangan adik tersayang, syameer bin abdul rahman.
Penat kan, masa bertarung dengan nyawa sendiri… Sama ada nak teruskan hidup atau pergi? Kuat nya kau meer, kau cuba sungguh-sungguh. Kau buat yang terbaik. Tapi… 6 kali jantung kau berhenti kan meer? Tapi kau lawan jugak, semangat kau kuat sangat untuk hidup. Dan… Akhirnya kau pergi juga. Aku masih tertanya-tanya adakah aku redha? Aku nak kau sihat and balik rumah. and aku nak kau pandang aku. Bukan aku yang pandang kau kan? Tapi apakan daya, takpa lah meer. Aku suka pandang muka kau. Jadi kau rehatlah kat sana ya. Biar aku tenung muka kau, cium dahi kau. Sejuknya.
Perasaan kita bila tengok jasad yang dulunya tak reti duduk diam akhirnya kaku juga. Kaku. Perasaan yang tak dapat aku ungkapkan. Air mata mengalir, tanpa aku nak. Aku taknak nangis nanti kau sedih. Tapi aku tak kuat sangat. Aku bebel je lebih. Kau kena tolong semua family kau kuat balik okay? Nanti kat sana jumpa atuk kan? Ha lepak lepak lah ngan atuk. Kutuk aku kat atuk. Jaga kau. Hahaha, sayang kau meer. Kau lah adik aku yang paling rapat.
Rupa-rupanya kau dah bagi hint terang-terangan, aku tak perasan pun. Bodoh kan? Takpa aku bodoh kau pun 2×5. Hahahaha. Gang lah katakan. Ingatkan kali ni cam gempak sikit en, aku SPM, kau PT3, haiqal UPSR. Kan gempak kan? Lol. Tapi takpa, PT3 dah tak penting untuk kau. Kau dah usaha dah. Aku nampak usaha kau nak belajar. Aku nampak. Jangan risau tau. Sekarang kau dah boleh sengih dah. Periksa dah takda!! Hahahaha. Lega lah kau kan?
Aku ada SPM. Hm wish aku good luck tau. Sebenarnya aku ada satu cerita yang aku plan nak bagitahu tapi tak sempat pula nak cerita. Nanti kalau perlukan aku, roger dalam mimpi aku tau. Rindu kau dik. Salam sayang, kakakmu Deanna.
sumber asal
0 Response to "Luahan Sayu Seorang Kakak Yang Kematian Adik Tersayang Akibat Kemalangan"
Catat Ulasan