16
Jan. – “Abang Yan, tolong. Saya sakit, haus”.
Itulah
teriakan sakit mangsa kemalangan tragis, Hasna Jawahir, 41, memanggil abang
sulungnya, Jamiran Jawahir, 50, semasa tersepit dalam kereta selama lebih satu
jam.
Operator
pengeluaran kilang itu terlibat dalam kemalangan selepas kereta yang dipandunya
dirempuh sebuah lori 10 tan ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di
simpang tiga Jalan Besar, Pekan Bangi Lama, di sini pagi ini.
Ketika
kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di
Kampung Rinching Hilir, dekat sini.
Menurut
abang sepupunya, Abdul Rahim Mat Som, 53, selepas pihak bomba memaklumkan
keja-dian itu, beberapa ahli keluarga termasuk suami dan anak sulung mang-sa
bergegas ke tempat kejadian.
“Saya
terdiam seribu bahasa melihat anak arwah meraung-raung memanggil ibunya namun
ditenangkan oleh ahli keluarga lain.
“Ketika
kejadian, mangsa hanya menjerit kesakitan serta memanggil abang sulungnya,
Jamiran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Kejadian
menyayat hati itu berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi semasa mangsa memandu kereta
jenis Proton Iswara Aeroback untuk pulang selepas waktu kerjanya
tamat.
Semasa
tiba di tempat kejadian, Hasna yang memberhentikan kenderaannya di persimpangan
lampu isyarat dirempuh dan diseret sebuah lori 10 tan yang membawa muatan
batu.
Tidak
cukup dengan itu, pemandu lori dikatakan gagal memberhentikan kenderaannya lalu
merempuh tiga lagi kenderaan lain yang turut berhenti menunggu lampu
isyarat.
Akibat
rempuhan tersebut, mangsa tersepit di kerusi pemandu selama lebih sejam sebelum
berjaya dikeluarkan pasukan Bomba dan Penyelamat.
Bagaimanapun,
mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam selepas itu ketika
mendapatkan rawatan di Hospital Serdang, dekat sini.
Sementara
itu, jurucakap polis berkata, pemandu lori yang da-tang dari arah Jalan
Bangi-Semenyih itu dipercayai gagal menga-wal kenderaanya sebelum terbabas ke
Jalan Bangi Lama lalu merempuh kereta yang dipandu Hasna.
“Lori
berkenaan turut menghe-ret kenderaan mangsa dan kemudiannya mengenai tiga lagi
ken-deraan lain yang berada di kawasan berhampiran,” katanya dalam satu
kenyataan di sini hari ini.
Tambah
jurucakap itu, akibat rempuhan, mangsa terperosok di bawah lori dan mangsa
tersepit di kerusi pemandu.
“Orang
ramai yang berada di lokasi kejadian berjaya mengeluarkan pemandu sebuah lagi
kereta dan membantu mangsa lain. Namun mereka gagal menyelamatkan Hasna yang
terperosok.
“Usaha
menyelamatkan wanita itu kemudian dilakukan pasukan bomba. Dengan bantuan kren,
bomba dapat mengangkat lori 10 tan berkenaan sebelum berjaya mengeluarkan mangsa
pada kira-kira pukul 8.47 pagi
Jurucakap
itu berkata, kes itu kini disiasat mengikut Sek.41 (1)(A) Akta Penangkutan Jalan
1987.
Abdul
Rahim berkata, dia dan keluarga menganggap kejadian tersebut sebagai
takdir.
“Walaupun
Hasna berjaya di-selamatkan namun, Tuhan lebih menyanyangi dia.
“Cuma
saya agak menjadi pilu apabila mengenangkan nasib anak-anak saudara saya selepas
ini,” jelasnya.
Mangsa
meninggalkan tiga orang anak iaitu Mohd Hariz Hafiz, 21; Afizan Hafiz, 11, dan
Aina Hafiz, 5.
0 Response to "Mangsa Meraung Lebih Sejam Minta Tolong Sebelum Akhirnya Meninggal Dunia"
Catat Ulasan