Pembantu Khas ADUN perkosa wanita OKU, tutup mulut dengan RM500

Petaling Jaya: Seorang lelaki dikesan menyamar sebagai pembantu khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi menutup mulut seorang wanita kurang upaya (OKU) yang diperkosanya.

Suspek berusia 50-an turut menawarkan imbuhan wang RM500 bagi merahsiakan perbuatannya daripada diketahui umum.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Su, 45, mendakwa diperkosa suspek ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Damansara Bistari, Sabtu lalu.

Menurutnya, dalam kejadian jam 8.30 malam, dia berjalan kaki sebelum ditahan suspek yang menaiki kereta.

“Suspek kemudian menawarkan bantuan menghantar saya pulang ke rumah. Saya bersetuju dengan tawaran itu berikutan turut mengenali suspek.

“Bagaimanapun sebaik membuka pintu rumah, suspek menolak saya masuk ke rumah sebelum memperkosa saya,” katanya.

Menurutnya, abang dan adiknya yang tinggal bersama di rumah itu hanya mengetahui apa berlaku selepas mereka pulang dari kerja tidak lama kemudian.

“Saya kemudian dibawa membuat laporan di Balai Polis Seapark di sini,” katanya.

Sementara itu Pengerusi MCA Petaling Jaya Utara Ching Soo Chan berkata, dia sudah berhubung dengan polis bagi mengetahui perkembangan kes itu.

Menurutnya, polis mengesahkan mangsa dirogol berdasarkan pemeriksaan perubatan dilakukan.
Sumber

0 Response to "Pembantu Khas ADUN perkosa wanita OKU, tutup mulut dengan RM500"

Catat Ulasan