Sepasang kekasih sanggup meredah perjalanan
menaiki bas sejauh lebih 200 kilometer dari Sungai Siput, Perak semata-mata
untuk memadu kasih di sebuah hotel di ibu kota.
Pasangan kekasih berusia awal 20-an itu yang
baru berkenalan bagaimanapun ditahan dalam operasi mengejut dilakukan Bahagian
Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Jalan Klang
Lama, di sini.
Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi kelmarin,
pasangan itu turut memberi alasan rapuh kononnya mahu menghadiri kenduri
perkahwinan seorang kenalan di Kapar, Klang.
Ketua Penguat Kuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad
berkata, anggota dan pegawai JAWI terpaksa menunggu beberapa minit sebelum
pasangan terbabit membuka pintu bilik hotel sejurus diminta untuk
diperiksa.
“Sebaik pintu bilik dibuka, kami menemui
seorang lelaki dan wanita berada di bilik dalam keadaan mencurigakan. - HM
0 Response to "Sanggup Rendah 200KM Nak Memadu Kasih di KL"
Catat Ulasan