KUALA LUMPUR, 8 Okt — Berang isteri dalam
pantang enggan melayan kehendak s3ksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun
bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari
di dalam bilik di rumah mereka di Taman Sunway, Batu Caves di sini
kelmarin.
Laporan media menyebut lebih kejam apabila
tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si
bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut
anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si
kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk
mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian
dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.
Dipetik Harian Metro hari ini, sumber polis
berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun
kira-kira pukul 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu
memandikannya.
“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut
mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa
turut cedera.
“Dia mula curiga suaminya melakukan sesuatu
yang buruk terhadap bayinya kerana sedar sebelum itu lelaki berkenaan bermain
bersama anaknya itu di dalam bilik,” katanya.
Sumber berkata, tanpa pengetahuan suaminya
wanita terbabit bergegas membawa mangsa ke sebuah klinik sebelum doktor
mengarahkannya melakukan pemeriksaan semila di Hospital Selayang.
“Pemeriksaan doktor yang mengesahkan mangsa
diliwat. Berang dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, wanita itu membuat
laporan di Balai Polis Selayang,” katanya lagi.
Sumber itu berkata, sebelum kejadian suspek
mengajak ibu mangsa melakukan hubungan s3ks, namun wanita itu enggan kerana dia
masih pantang kerana baru 23 hari melahirkan anak.
Lelaki itu ditahan malam kelmarin dan sedang
direman selama empat hari.
Sumber juga berkata bayi itu berada dalam
keadaan kritikal.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner
Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan lelaki berkenaan untuk membantu
siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.
0 Response to "ZALIM ! Bapa Liwat Bayi Berusia 23 Hari Kerana Isteri Tak Mampu Layan Tuntutan Nafsunya"
Catat Ulasan