KRONOLOGI
Pada 3 Ogos 2015@Isnin, dalam pukul 4:50
petang, saya dikejutkan dengan berita kematian anak saya yang diberitahu oleh
Doktor Ayu dari Klinik Dahlia yang terletak di Bandar Baru Selayang.
Setibanya saya di Klinik, tiba-tiba pemilik
Taska anak saya, Taska Kasih Fidza, yang bernama Mohfidzawati binti Darus, telah
tunduk dan bersujud di kaki saya. Selepas itu, saya terus melihat anak saya
terkulai layu di atas katil dengan lebam dan bintik-bintik merah di muka dan dia
tidak bernyawa. Saya sangat terkejut dan sedih teramat sangat kerana di sebelah
pagi tadi saya menghantar anak saya ke taska dalam keadaan sihat, ceria.
Menurut Doktor Ayu, terdapat kesan lebam bukan
sahaja di muka tetapi terdapat juga di leher dan benjolan di kepala. Kesan lebam
di leher seumpama bekas di cekik dan juga menurut Doktor Ayu apabila pemilik
taska tiba di klinik anak saya memang sudah tidak bernyawa. Mereka tidak dapat
berbuat apa-apa untuk menyelamatkan anak saya.
Paling menyakitkan hati saya setelah
pengebumian arwah Doktor Ayu telah menceritakan semula kepada saya yang pemilik
taska, Mohfidzawati bt Darus telah ‘mencampak’ jenazah anak saya setibanya di
klinik,. Jika Doktor Ayu tidak menyambut jenazah, jenazah akan terjatuh ke
lantai.
SUNGGUH
KEJAM!
Pemilik Taska (owner) juga telah mencuba untuk
melarikan diri setelah ‘mencampakkan’ jenazah tetapi dapat ditangkap oleh
staff-staff Klinik Doktor Ayu. Maknanya semasa saya tiba di klinik dia hanyalah
‘berlakon’ kononnya ‘meminta maaf’ dengan bersujud di kaki tanpa sepatah kata
keluar dari mulutnya.
Disebabkan berasa ‘kasihan’ pada Mohfidzawati
kerana ‘menangis-nangis’ di situ, saya tidak sampai hati hendak bertanya apa
telah terjadi. Pada pemikiran saya pada masa itu, ia hanyalah suatu kemalangan
yang tidak disengajakan.
Pada masa yang sama, kakak ipar saya telah
pergi ke taska (kali pertama) untuk mengambil anak sulung dan ketiga, dan juga
barang-barang lain. Di situ, dia telah bertanya kepada staff-staff taska apa
yang terjadi dan mereka tidak memberi sebarang penjelasan. Kakak ipar saya juga
bertanya di manakah kedudukan katil arwah semasa kejadian tetapi mereka tidak
memberi apa-apa jawapan. Di situ kami sekeluarga sudah agak was-was tetapi masih
meletakkan kepercayaan kepada Taska Kasih Fidza.
Pada petang yang sama, saya pula ke taska
sebenarnya untuk mengambil botol susu anak tertinggal, dan saya bertanya sekali
lagi apa yang berlaku, barulah salah seorang staff membuka mulut menyatakan yang
anak saya ‘sesak nafas’ dan mereka telah membuat CPR dan selepas itu arwah
muntah. Setelah mendengar penjelasan dari staff, saya redha dengan pemergian
anak saya, pada mulanya.
Pada malam itu, pihak polis yang sudah berada
di Klinik Dahlia, meminta kami membawa jenazah ke HKL untuk membuat post-mortem.
Kami berkeras tidak membenarkan doktor menjalankan post-mortem. Akan tetapi,
mengikut prosedur dan juga pemerhatian doktor pakar kesan lebam di leher anak
saya bukanlah kematian seperti yang dinyatakan oleh pihak taska. Jika dia ‘sesak
nafas’ sepatutnya tidak ada kesan lebam di leher.
Dipendekkan cerita, malam di HKL, penuh dengan
drama yang melibatkan ahli keluarga, pihak hospital dan polis. Tapi yang
peliknya pemilik Taska Kasih Fidza langsung tidak hadir di hospital dan tidak
dapat dihubungi oleh pihak polis.
Something
fishy going on there…
Post-mortem telah dilakukan keesokkan harinya
bersamaan 4hb (Selasa). Itu hanya dilakukan setelah pihak polis pergi ke taska
untuk menjalankan siasatan. Taska masih beroperasi seperti biasa seolah-olah
tiada apa yang berlaku.
Pihak polis menyoal siasat terus dengan owner
taska dan staff dan juga melihat CCTV. Malangnya kedudukan katil arwah tidak
berada dalam kawasan tinjauan CCTV.
Menurut pihak polis, pemilik taska masih
berdolak-dalih untuk menjawab soalan mereka. Setelah pihak polis menggertak
pemilik taska, barulah dia menceritakan yang arwah ‘TERJERUT EXTENSION WAYAR’
yang telah berlaku di atas katil arwah.
Saya hanya mengetahui pengakuan pemilik taska
setelah pihak polis kembali ke HKL. Saya dan keluarga sungguh terkejut dan tidak
dapat menerima cara pemergian anak kesayangan saya dan juga cara pihak taska
yang cuba menyembunyikan cerita sebenar. Setiap hari saya terbayang pergelutan
anak saya untuk bernafas. Anak istimewa yang ditatang telah pergi di atas
kecuaian orang lain. Di mana perginya staff-staff taska pada masa itu??
Anak-anak kami telah ditinggalkan untuk berapa lama tanpa pemantauan sehingga
boleh berlakumya kematian!!??
Setelah post mortem dilakukan, keputusan
menyatakan arwah meninggal disebabkan ‘COMPRESSION TO THE NECK BY
LIGATURE’.
Selepas daripada itu, dalam kesedihan kami
terus bergegas untuk menyelesaikan proses pengebumian arwah. Alhamdulillah,
arwah selamat dikebumikan sebelum azan Maghrib pada hari yang sama.
Ye, pemilik taska ada menghubungi dan SMS kami,
tetapi masih belum datang berjumpa sehingga kini. Walaubagaimanapun, jika dia
datang, kami pun tidak ada hati nak berjumpa disebabkan PENIPUAN dan
BERDOLAK-DALIH dan LAKONAN SEMATA-MATA. Penampilan yang alim tetapi tidak
berhati perut dan berperangai munafiq.
Lagi membuak kemarahan kami apabila kami
mendapat tahu yang pemilik taska dengan sombongnya berkata kepada parents yang
menghantar anak-anak mereka di taskanya,
"TASKA SAYA
TAK AKAN DITUTUP, INI HANYA KES KECUAIAN!"
Wahhhhhh, angkuhnya pemilik taska ini. Allah
sahaja yang mengetahuinya..
Kami berharap keadilan dapat ditegakkan dan
pihak berkuasa dapat mengambil tindakan dan menjalankan tanggungjawab dengan
telus. Semoga Allah membantu kami dalam mencari keadilan untuk almarhum anak
kami. Al-Fatihah buat anakanda Farees Ikhwan Bin Fathan
MENGAPAKAH TASKA INI MASIH BEROPERASI SEPERTI BIASA??? CUAI SEHINGGA
MELIBATKAN KEMATIAN.
Saya amat tidak bepuas hati dengan “TASKA KASIH FIDZA” di Taman Pinggiran
Templer, Bandar Baru Selayang. Dimanakah letaknya tanggungjawab seorang pemilik
Taska sehingga kini kami sebagai ibubapa tidak mengetahui dan tidak mendapat
sebarang penjelasan yang tepat dan jujur punca sebenar kematian anak kedua
kami?
Kami hanya mendapat penjelasan dari pihak Polis bahawa anak kami meninggal
disebabkan “TERJERUT WAYAR EXTENSION”.
Selama ini kami telah meletakkan kepercayaan ke atas pihak Taska tapi ini
yang berlaku. Tiada sebarang jawapan apabila kami bertanyakan pada pemilik Taska
akan punca sebenar dan bagaimana ia boleh terjadi??
0 Response to "ZALIM ! Pemilik Taska Campak Mayat Bayi"
Catat Ulasan