
Kluang : Pegawai polis trafik
wanita maut akibat dirempuh mat rempit ketika Ops Roda/Rempit di Kilometer 58
Jalan Batu Pahat-Mersing di sini, 2.40 pagi, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten
Komisioner Mohamad Laham, berkata kejadian ketika pegawai wanita terbabit,
Inspektor Margaret Tagum Anak Goen, 32, sedang melakukan sekatan jalan raya
bersama 20 anggota dan pasukan sukarelawan polis.
Ringkasan Kejadian :
Pegawai polis yang parah dirempuh
motosikal ketika sedang menjalankan Ops Roda/Rempit di kilometer 58 jalan Batu
Pahat - Mersing, Kluang 2.45 pagi ini disahkan meninggal dunia sebentar
tadi.
------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum dan Selamat Pagi
YDH Dato'/ Tuan.
Laporan kes menarik kemalangan
jalanraya melibatkan pegawai kanan polis bersabit repot Trafik
Kluang/5934/15
Pada
06/09/2015 jam lebih kurang 0130hrs Insp G/18718 Margaret Tagum Anak Goen
(pegawai penguatkuasa Trafik IPD Kluang) bersama 5 anggota trafik dan 15 anggota
PVR telah menjalankan Operasi Mat Rempit di Batu4 Jalan Batu Pahat-Mersing
berikutan dengan maklumat orang awam mengatakan masih terdapat kegiatan mat
rempit di kawasan itu. Jam l/kurang 0240hrs semasa mangsa bersama sepasukan
anggota Trafik dan anggota PVR sedang membuat sekatan jalanraya di lokasi
tersebut, sekumpulan mat rempit dalam jumlah 4 ke 5 buah m/sikal yang melalui
jalan itu cuba meloloskan diri dan salah satu m/sikal no. JQF4998 telah merempuh
seorang pegawai polis. Mangsa yang mengalami cedera parah telah dikejarkan ke
Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Hasil pemeriksaan dan xray
mendapati mangsa mengalami kecederaan patah tangan kiri dan cedera
pinggang.
Penunggang
m/sikal no. JQF4998 turut mengalami cedera ringan di tangan dan kaki. M/sikal
no.JQF4998 telah ditahan untuk siasatan lanjut.
1. No rpt:
Trafik Kluang:59xx/15
Tarikh
:06/09/2015 @ 0338hrs
2. Seksyen
: 42 (1) APJ 1987.
3. IO kes
: Insp. Rizal B. Ahmad
4.
Pengadu.
Nama:
Konst.18490xx Mohd Hafiz Bin Jefri
Alamat:
Cawangan Trafik IPD Kluang.
5.
Mangsa.
Nama: Insp
G/187xx Margaret Tagum Anak Goen
Umur: 32
tahun
Jawatan:
Pegawai Penguatkuasa Trafik
Alamat:
Cawangan Trafik IPD Kluang.
6. Tangkapan
(Penunggang m/sikal no. JQF4998:
Nama: Tun
Muhammad Alif Bin Tun Tuah.
No. KP:
98xxxx-01-xxxx
Umur: 17
tahun
Alamat: .......
Taman Sri Kluang, 86000 Kluang, Johor.
7.
Rampasan: (1) buah m/sikal no: JQF4998.
Terima
kasih YDH Dato'/Tuan.
Operasi itu bermula 1.30 pagi.
Namun, selepas sejam kemudian terdapat sekumpulan penunggang motosikal dari arah
Mersing menuju bandar Kluang cuba meloloskan diri.
“Seorang daripadanya kemudian
turut merempuh Margaret," katanya yang dihubungi, hari ini.
Mohamad berkata, Margaret yang
bertugas di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang sejak lima
tahun lalu, kemudian dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah
Khalsom.
Katanya, dia dilaporkan kritikal
akibat patah tangan kiri, tulang pinggul dan kaki selain pendarahan dalaman di
perut sebelum disahkan meninggal oleh pihak hospital, 12.45 tengah hari ini. -HM
, Malaysia Respond Team
0 Response to "(10 Gambar) Punca Mat Rempit Sebabkan Kematian Tragis Polis Wanita Ini"
Catat Ulasan